WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, January 20, 2010

SHAFIE AFDAL SUDAH NYANYUK!!!!

Kenyataan Shafie Apdal berniat jahat, mengelirukan

ALOR SETAR, 19 Jan: Pejabat Menteri Besar Kedah menyifatkan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyebut tiada sebarang pembangunan di negeri ini bersifat provokasi, berniat jahat serta mengelirukan rakyat.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, ucapan menteri itu yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Hassan Malek yang menyebut bahawa tiada sebarang pembangunan serta dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua hanyalah retorik dan Kerajaan Kedah hanya mampu menyambung apa yang telah diasaskan oleh BN sebelum ini adalah amat melucukan, geli hati dan lawak.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini, Mohd Helmi berkata, selayaknya teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat cawangan dan bukannya dibaca atas sifat mewakili seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu.

Berikut ialah kenyataan penuh Mohd Helmi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak media yang sudi menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersebut.

Kenyataan itu cukup untuk membuktikan bahawa penulis teks ucapan, serta pembacanya yang mewakili Shafie iaitu Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek langsung tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Negeri Kedah Darul Aman.

Teks ucapan itu juga lebih kepada bersifat provokasi, berniat jahat serta mengelirukan pandangan rakyat kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman serta tidak merujuk mana-mana asas serta tidak berfakta.

Selayaknya teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat cawangan dan bukannya di baca atas sifat mewakili seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu – saya berkata demikian berpandukan isi ucapan yang langsung tidak berkualiti dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ucapan itu juga sekaligus menafikan titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Hari Keputeraan baginda pada 17 Januari lalu antara lain menitahkan bahawa: “Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah kempimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum amat dipuji”.

Dalam ucapan yang dibaca oleh Hassan itu menyebut bahawa tiada sebarang pembangunan serta dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua hanyalah retorik dan Kerajaan Kedah hanya mampu menyambung apa yang telah diasaskan oleh BN sebelum ini. Ia amat melucukan, geli hati dan lawak.

Saya langsung tidak berhajat untuk membariskan satu persatu perancangan yang dalam pelaksanaan oleh Kerajaan Kedah. Buat pertama kali dalam sejarah Negeri Kedah, pada tahun 2009, sebanyak 11 GLC berjaya memberi sumbangan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri.

Laporan Audit Negara tahun lalu bagi Negeri Kedah dengan jelas menyebut bahawa peningkatan hasil sebanyak 205% dalam kutipan hasil balak, kadar kemiskinan pula dicatatkan menurun dan pertumbuhan KDNK hanya kurang 0.02% kenaikannya jika dibandingkan dengan KDNK Negara (KDNK Kedah 4.6%)

Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil dengan harga sekitar RM380 juta dengan memperkenalkan pengajian di bidang profesional termasuk bidang perubatan atau pembinaan kilang yang bakal menjadi hub kepada hasil tanaman seperti nanas, mempelam serta rambutan yang menjadi lambakan tanpa hasil sejak zaman sebelum merdeka di kalangan rakyat, rasanya cukup memadai bagi menjawab tohmahan dan ucapan dendam kesumat oleh menteri berkenaan.

Itu belum mengambil kira pembinaan rumah kos rendah di Baling dan Kubang Pasu yang bakal dibina, yang kesemuanya dibina berpandukan kemampuan rakyat, bagi menggantikan pembinaan projek perumahan berpandukan kemampuan para pemaju seperti yang diamalkan oleh rakan-rakan Shafie ketika menerajui pentadbiran BN di Kedah.

Menteri Besar senantiasa menyahut saranan Kerajaan Pusat serta memberi kerjasama yang amat baik bagi kepentingan rakyat, tetapi apabila Shafie mula mengungkit-ungkit bahawa hanya BN yang membantu rakyat, saya musykil bahawa Naib Presiden Umno ini seolah-olah mahu meruntuhkan jambatan perpaduan serta kersama erat yang terbina antara Presidennya sendiri, YAB. Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama Dato’ Seri Ustaz Azizan bagi kepentingan dan masa depan rakyat seluruhnya.

Bagi saya, ‘serangan’ ini adalah idea terkini pihak Umno dan BN Kedah untuk memburukkan imej baik pimpinan Ustaz Azizan yang semakin disenangi rakyat, selepas usaha Umno dan BN selama ini memfitnah melalui laman blog dan sebagainya tidak berhasil.

Saya tekankan bahawa ucapan tersebut telah menafikan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah serta Laporan Audit Negara 2008 selain berniat jahat memburukkan imej baik Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Marilah sama-sama kita renungi antara ucapan awal Ustaz Azizan ketika diberi amanah menerajui Kerajaan Negeri Kedah dua tahun yang lalu: “Kedah kita punya, saya anak Kedah dan tuan-tuan, puan-puan juga anak Kedah, kita sama-sama sayangkan negeri Kedah, adalah menjadi tanggungjawab saya dan semua dari kita untuk sama-sama membangunkan Kedah yang kita cintai ini, kita bina semula Kedah, Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.”

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KERAJAAN '1MALAYSIA' CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT KEDAH APABILA MENAFIKAN KEMAJUAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN KEDAH PIMPINAN USTAZ AZIZAN...SEOLAH-OLAH RAKYAT KEDAH TIDAK BOLEH MELIHAT APA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PAS KEDAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KERAJAAN BE-END SEMASA MEMERINTAH KEDAH...JIKA KERAJAAN BE-END MAMPU MEMERINTAH KEDAH DENGAN BAIK MENGAPA PERLU RAKYAT KEDAH MENUKAR KERAJAAN BARU....MEMANG MUKA TAK TAHU MALU BETUL LE SHAFIE NGAN BE-END NIH.....

No comments:

Post a Comment