WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 7, 2010

DAKWAAN TEOH DIBUNUH...AKHBAR PRK DISIASAT

Akhbar PKR disiasat dakwa Teoh dibunuh

Salhan K Ahmad
Jan 6, 10
2:18pm

Pengarang akhbar rasmi PKR Suara Keadilan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam berhubung siasatan terhadap berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Dzulkarnain Taib berada kira-kira sejam di IPD tersebut sejak jam 1.30 tengah hari, dengan ditemani peguamnnya Ranjit Singh.

Sekumpulan wartawan telah sedia menunggu ketibaan Dzulkarnain di situ sejak jam 1 tengah hari lagi.

Dzulkarnain (kanan) disiasat ekoran aduan polis yang dibuat oleh dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Hisyam Mohd Yusoff, berbuat demikian dengan dakwaan tabloid itu menyiarkan berita yang subjudis, melampaui kuasa inkues Teoh Beng Hock yang sedang berlangsung.

Inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam akan bersambung esok.

Seorang lagi pegawai SPRM Raub Ghani, juga dari cawangan yang sama, membuat aduan polis agar pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu, kepada pihak tidak sewajarnya.

Berita itu, menurut aduan Hisyam, yang dimuatkan dalam edisi 29 Disember 2009 - 5 Jan 2010 membuat kesimpulan bahawa bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati dibunuh.

Sementara itu, dalam aduannya, Raub pula menyifatkan pembocoran maklumat laporan forensik itu "akan memburukkan lagi imej SPRM."

Bercakap kepada media sejurus selesai soal siasat tersebut pada kira-kira jam 2.30 petang, Dzulkarnain berkata, beliau akan terus menulis mengenai isu Teoh kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Ditanya sama ada siasatan tersebut memberikan tekanan kepadanya, beliau enggan mengulas tetapi menganggapnya sebagai "prosedur biasa."

Dzulkarnain juga yakin bahawa tulisannya dalam akhbar mingguan tersebut tidak mempengaruhi perjalanan inkues Teoh.

"Saya yakin tidak," katanya.

Tambahnya, beliau memberikan kerjasama penuh kepada polis dengan menjawab semua soalan yang diajukan. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan soalan-soalan tersebut.

Sementara Ranjit (foto, baju putih) pula berkata, beliau tidak pasti anak guamnya disiasat berdasarkan akta apa kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Tambahnya, jika tulisan itu dianggap subjudis semata-mata, anak guamnya tidak boleh didakwa di mahkamah.

"Bagi kami tidak boleh (didakwa), tetapi itu bergantung kepada pihak polis dan peguam negara," katanya.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA PELBAGAI PIHAK KELIHATAN CUBA MELINDUNGI PIHAK YANG MENYEBABKAN KEMATIAN BENG HOCK...SPRM SEKARANG INI SEOLAH-OLAH TIDAK SENANG DUDUK DENGAN PELBAGAI PENDEDAHAN YANG DILAKUKAN PELBAGAI PIHAK YANG MEMPERJUANGKAN KEADILAN BUAT BENG HOCK..

KEMATIAN BENG HOCK PERLU DIPERJUANGKAN...KEADILAN UNTUK MENDIANG PERLU DIUSAHAKAN OLEH SEMUA PIHAK..TIDAK TIMBUL SOAL MENDIANG ADALAH ORANG CINA DAN ORANG MELAYU TAK PERLU IKUT CAMPUR MEMPERJUANGKAN MENDIANG...PERJUANGAN KEADIALN TIDAK MENGENAL BATASAN PERKAUMAN...KEADILAN HAK SEMUA KAUM DAN SEMUA KAUM PERLU MEMPERJUANGKANNYA....

3 comments:

  1. Salam abg Jebat.
    Posting ni dpt masuk Malaysiakini hari ni.
    http://www.malaysiakini.com/inblogs.php
    Popular lah blog ni sekarang.
    Tabok spring sati kali..

    ReplyDelete
  2. popular atau tidak bukan itu yg hamba cari...hamba hanya melaksanakan tanggungjawab untuk memenangkan perjuangan islam...semoga hamba dijauhkan dari sifat riak...

    ReplyDelete