WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 21, 2010

DULU GEREJA KINI MASJID PULA...APA CERITA NIE??!!

Dua surau di Muar dibakar, dipercayai perbuatan khianat

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu. Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.

Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu. Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kebakaran di surau pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka memberhentikan kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ia satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasat.

Sementara kebakaran yang melibatkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada pukul 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi

Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.

Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya. Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing.

"Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.

"Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : PERBUATAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI HANYA AKAN MENCETUSKAN PERBALAHAN ANTARA PENGANUT AGAMA KRISTUAN DAN ISLAM...SEPATUTNYA ISU YANG SENSETIF INI DIBINCANGKAN DENGAN SEMANGAT SALING HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN...

KELEMAHAN PIHAK BERKUASA MENANGANI MASALAH INI JUGA MENJADIKAN KES INI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN...SEPATUTNYA PIHAK BERKUASA SEGERA BERTINDAK APABILA ADA GEREJA-GEREJA DIBAKAR BAGI MENGGELAKAKAN TINDAKAN BALAS SEPERTI INI..DIKUARTIRI SELEPAS INI AKAN ADA PULA TINDAK BALAS MEMBAKAR GEREJA DAN AKHIRNYA BOLEH MENCETUSKAN MASALAH YANG LEBIH BESAR....

No comments:

Post a Comment