WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, January 4, 2010

GULA : APABILA HARGA NAIK BEKALAN PULA TIADA

Apabila harga gula dinaikan sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan harga gula di pasaran RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 bagi Sabah dan Serawak bekalannya pula tiba-tiba 'ghaib' dari simpanan kedai-kedai runcit dan pasaraya...

Perkara ini berlaku setiap kali kerajaan menaikan harga barang keperluan harian..Para pembekal dan peniaga saling mengambil kesempatan di atas kenaikan harga barang ini..

Kerajaan pula dilihat gagal melakukan sesuatu bagi menghalang tingkah laku pembekal dan peniaga ini dan akhirnya mengakibatkan penguna menjadi mangsa..

Pelbagai alasan diberikan oleh kerajaan apabila menaikan harga gula ini..Alasan tekanan harga gula mentah dunia yang meningkat sehingga 27 sen AS(Amerika Syarikat) sejak Ogos lalu mendesak kerajaan menaikan harga gula..

Kerajaan mengatakan jika harga gula tidak dinaikan kerajaan terpaksa menanggung subsidi gula sebanyak RM 1.26 bilion pada tahun 2010...Dari terus memberi subsidi gula kepada rakyat kerajaan lebih rela menaikan harga gula...

Kalaulah pemberian subsidi gula ini dianggap satu pembaziran terhadap kewangan negara..bagaimana pula kerajaan menilai perlaburan berbilion ringgit wang petronas kepada pasukan Formula 1 Malaysia?Apakah perlaburan kepada pasukan Formula 1 ini menguntungkan negara?

Dan alasan yang paling 'bangang' hamba rasa diberikan kerajaan apabila mengatakan kenaikan harga gula ini mengurangkan risiko penyakit kencing manis..Kementerian Kesihatan melaporkan rakyat Malaysia secara purata mengambil 26 sudu gula sehari...

Bagi seorang yang mengemari minuman atau makanan yang manis,kenaikan harga gula tidak sama sekali akan menghalang mereka mengekalkan tabiat mereka..Sama seperti perokok..Walau pun setiap tahun kerajaan menaikan harga rokok,jumlah perokok tetap tidak berkurangan malah bertambah saban hari...

Jelas kenaikan harga gula ini hanya menguntungkan 'tokey-tokey' gula sahaja...Dan bagi rakyat pula mereka hanya menerima beban kenaikan pelbagai harga minuman dan makanan selepas ini..

Nampaknya Kerajaan 1Malaysia makin tidak boleh diharap utk menjaga kebajikan rakyat sebagaimana yang dilaung-laungkan dalam slogan '1Malaysia'..Hakikatnya "rakyat didungukan,tokey gula diutamakan"....

No comments:

Post a Comment