Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka
Hafiz Yatim
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.
Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.
Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : AKHIRNYA APA YANG MENJADI HAK TELAH PULANG KEPADA PIMILIK HAK TESEBUT....KEPUTUSAN INI ADALAH KEMENANGAN BUAT RAKYAT YANG MENUNTUT HAK MEREKA...KEMENANGAN INI MEMBERI INSPIRASI KEPADA RAKYAT KELANTAN TERUS BERJUANG MENUNTUT HAK ROYALTI MINYAK DARI KERAJAAN '1MALAYSIA'...SEMOGA HAK RAKYAT KELANTAN MENDAPATKAN ROYALTI MINYAK BERJAYA DIPEROLEHI...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment