WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 8, 2010

AKHBAR MAINAKAN PERANAN BURUKAN IMEJ KELANTAN

Agenda jatuhkan imej kerajaan Kelantan

Wan Nik Wan Yussof

Keratan akhbar yang saya lampirkan adalah contoh jelas, betapa sekarang ini telah berjalannya agenda halus dan tersirat yang ditaja oleh pihak tertentu.

Ia bertujuan untuk menjatuhkan imej dan memudarkan keyakinan rakyat Kelantan dan warganegara amnya terhadap kredibeliti Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Sudahlah sebelum ini, berlakunya tindakan dari dalam untuk mencelarukan Kerajaan Negeri melalui pelbagai report, saman dan penulisan tidak bertanggungjawab dalam akhbar dan blog.

Kesemua itu ada hubungkait dengan perancangan agenda setting pihak tertentu untuk memberi keredit mahupun political mileage kepada UMNO Kelantan untuk bengah memanipulasikan isu dan perkembangan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru.

Selain laporan kepada SPRM, terbaru pula sebuah akhbar mainstream (Utusan Malaysia, 6 Januari 2010) turut menyiarkan rencana wartawannya sendiri (di sebelah) yang jelas cuba memanipulasikan perkembangan kesihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan ke kancah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Begitu pula, pada hari sama Sinar Harian (6 Januari 2010) turut melaporkan tindakan seorang peniaga yang membuat report polis berhubung dengan isu yang diputar oleh Utusan Malaysia itu (di sebelah).

Belum lagi mengambil kira tindakan manipulatif penyampaian berita menerusi kaca televisyen-TV1, TV2 dan TV3 serta TVBernama.

Rumusan mudah adalah peranan media berkenaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengocakkan perkembangan isu-isu pentadbiran Kelantan sampai berani membuat kenyataan (menulis) pertelingkahan membabitkan keluarga diraja dan pentadbiran negeri tersepit.

Maka, sekaligus pihak tertentu itu sedang mencipta suatu persepsi negatif rakyat terhadap istana Kelantan dan Menteri Besar dalam perkembangan mutakhir.

Jika diteliti dari perspektif teori persepsi, tindakan manipulatif dan menggunakan asakan seperti laporan kepada pihak berwajib adalah sedikit sebanyak tindakan itu adalah suatu usaha ke arah memenuhi maksud persepsi itu sendiri.

Sebagaimana disebut Horovitz (2000), persepsi itu terbentuk melalui tiga faktor: psikologi, fizikal dan imej.

Maka, dalam konteks Negeri Kelantan faktor psikologi adalah sikap rakyat Kelantan antaranya suka mengikuti perkembangan politicking, faktor fizikal pula adalah tindakan membuat laporan kepada pihak polis/SPRM dan imej pula adalah berkaitan dengan penerimaan dan keyakinan kepada imej kepimpinan seperti Tok Guru sebelum ini diyakini baik, tidak rasuah dan mengutamakan keberkatan.

Sehubungan itu, cara media membuat putaran isu meskipun tanpa sokongan fakta kukuh, ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi psikologi rakyat yang suka membuat keputusan tanpa usul periksa.

Budaya skeptikal (mengusul periksa~tabayyanu) bukanlah amalan orang kebanyakan golongan rakyat.

Sebaliknya ramai kalangan rakyat adalah mudah tersedu dengan sesuatu berita yang sensasi dan mudah pula membuat rumusan sehingga menegatifkan sesuatu yang belum pasti.

Oleh itu, pihak media termasuk segelintir wartawan akan menggunakan peluang atas kelemahan budaya skeptikal itu untuk memutar isu (spin up) dan memperagakan (commercialize) berita yang dangkal tanpa fakta.

Justeru itu, tindakan Utusan Malaysia tersebut dan individu yang menamakan diri sebagai 'aktivis kebudayaan' dan 'peniaga' adalah antara mereka yang pragmatis mencetuskan tindakan fizikal bagi mengubah persepsi rakyat Kelantan terhadap kredibeliti Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang cukup disegani sebelum ini.

Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat Kelantan dan warga pentadbiran Kerajaan Negeri yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bawah naungan payung Istana Kelantan dan berkat Kepimpinan Ulamak Tok Guru merakam kekesalan di atas tindakan manipulatif pihak wartawan dan media serta individu tersebut.

Semoga Tuhan Yang Esa, membuka pintu ta'akulan yang jilah terhadap mereka yang bertindak songsang dan negatif serta berlawanan dengan psikologi/persepsi baik majoriti rakyat Kelantan terhadap Istana Kelantan dan Tok Guru Menteri Besar.

Wassalam.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : MEDIA-MEDIA PENGAMPU INI MEMANG DARI DULU LAGI MEMAINKAN PERANAN DALAM MEMBURUKAN KERAJAAN PAS KELANTAN.....PELBAGAI TOMAHAN DAN FITNAH DILEMPARKAN DEMO MENGEMBIRAKAN HATI 'BOS' MEREKA....

TAPI APABILA SESUATU YANG BERLAKU MEMBURUKAN IMJ KERAJAAN BE-END,MEDIA-MEDIA PENGAMPU INI SANGGUP MENIPU RAKYAT DENGAN MENYEMBUNYIKAN FAKTA SEBENAR SERTA MENGADAKAN YANG TIADA DAN MENGTIADAKAN YANG ADA...

MEDIA PENGAMPU INI SANGGUP JUGA MEMBELAKANGI ETIKA KEWARTAWANAN DEMI MELARISKAN AKHBAR MEREKA DENGAN MELAPORKAN BERITA-BERITA SENSASI WALAUPUN IANYA TIDAK BENAR....PERBUATAN MEREKA INI TELAH MEROSAKAN PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA AKHIRNYA....

No comments:

Post a Comment