”Saya berjanji takkan ambil sesen pun duit rakyat Selangor selepas dilantik menjadi Penasihat Ekonomi negeri ini,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan 2,000 penduduk di sini pada ceramah Perdana Isu Semasa, baru baru ini
Anwar berkata, meskipun ditawarkan elaun oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan itu namun beliau menolaknya demi untuk meningkatkan kepentingan rakyat. “Dalam negeri ini, saya tidak akan mengambil wang rakyat. Tetapi di luar sana (luar negara ) selepas memberi ceramah dan sebagainya, saya akan ambil dan bawa masuk ke sini.
“Mereka (negara luar) berminat dengan apa yang diperkatakan dan dibincangkan terutama dari segi ekonomi,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, ahli Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng.
Dalam ucapannya Anwar mendakwa beliau cukup kesal apabila Kerajaan Pusat didakwa tidak pandai mengurus ekonomi dalam negara ini.
“Pada tahun 1990-an di Asia negara ini adalah nombor satu dalam mencapai pertumbuhan dan pelaburan ekonomi tetapi kini banyak negara sudah kalahkan.
“Ia nyata menunjukkan pemimpin UMNO yang rasuah tidak tahu mengurus ekonomi negara,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
JEBAT_BERANI : INILAH SIKAP SEORANG PEMINPIN YANG MEMENTINGKAN RAKYAT LEBIH DARI DIRI SENDIRI...APAKAH ADA AHLI UM-NO/BE-END YANG MAMPU MELAKUKAN SEBAGAIMANA ANWAR??SEMOGA ANWAR BERJAYA MEMBERIKAN SESUATU BUAT RAKYAT SELANGOR...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
salam jebat,
ReplyDeletebagus DSAI, perjuangan yang semakin jelas. berbeza pemimpin UMNo, pantang peluang rembat semua duit yang ada, tak peduli orang susah senang dah.
UMNONGOK NE SEMUA DEPA NAKAK REMBAT.....TAKDE TLAK PUNYERRR....
ReplyDelete