Tidak boleh halang demo isu 'Allah': Najib
Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.
Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.
Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.
Kes tersebut kini di peringkat rayuan. Semalam, mahkamah menangguhkan perintah membenarkan mingguan itu berbuat demikian setelah dimohon oleh Kementerian Dalam Negeri.
Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara, sebuah lagi persatuan berpengaruh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.
Bantahan dua NGO Melayu dijadual diadakan di Masjid Negara.
Dua badan Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.
Pada 31 Disember lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald berbuat demikian dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif masyarakat Islam.
Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila perdana menteri meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.
Sehari selepas arahan Najib dibuat, Pemuda Umno Selangor yang turut bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran esok menangguhkan hasrat tersebut
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : BAGUSLAH KALAU TAK NAK HALANG DEMO ISU KALIMAH ALLAH....CUMA YANG MENGHAIRANKAN HAMBA SEBELUM INI P-END '1MONGOLIA' PANTANG BETUL KALAU SEBUT SOAL BERDEMONTRASI...HABIS DIGELARNYA BERUK MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN DEMONTRASI...TAPI KALI INI LAIN PULA NADANYA...
KALAU BETUL SEBAB NAK MEMPERTAHANKAN HAK ORANG ISLAM MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH, HAMBA FIKIR OK LA..TAPI KALAU SETAKAT NAK 'PROMOT' DIRI KONONNYA AMBIL BERAT SOAL ISLAM HAMBA RASA BAIK TAK PAYAH...SELAMA INI PUN YANG SELALU DOK TENTANG BILA ORANG NAK MEMARTABATKAN HUKUM HAKAM ISLAM PUAK-PUAK UMNONGOK NIE LER...
KALAU BETUL NAK PERJUANGKAN ISLAM BIAR BETUL-BETUL IKHLAS..JANGAN MAIN PILIH ISU TERTENTU SAHAJA BARU NAK 'BERLAGAK' MACAM PEMBELA DAN PERJUANG ISLAM...NANTI PAHALA TAK DAPAT BALA PULA YANG MENIMPA DIRI...MASA TUE CAKAP APA PUN DAH TAK BERGUNA...LU PIKIR LE SENDIRI....
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment