WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 8, 2009

PENGAWAI ISTANA MOHON BATAL SAMAN ISU MONOHARA

Dua pegawai Istana Kelantan yang disaman oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra
kerana menfitnahnya berkaitan pertelingkahannya dengan isterinya Manohara Odelia Pinot, menfailkan permohonan bagi membatalkan saman itu.

Permohonan yang difailkan melalui penasihat undang-undang negeri Kelantan itu telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Nov lepas.

Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini dalam kamar Timbalan Pendaftar Norazlin Othman tetapi telah ditangguhkan.

Peguam Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Haaziq Pillay, memberitahu pemberita bahawa pihaknya tidak diberikan salinan permohonan itu dan memerlukan masa untuk memasukkan afidavit jawapan Tengku Muhammad Fakhry terhadap permohonan itu.

Mohd Haaziq berkata mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan itu bagi membolehkan mereka menyediakan afidavit dan tiada tarikh ditetapkan, tetapi mahkamah menetapkan 26 Jan ini untuk pengurusan kes saman berkenaan.

Pada 10 Ogos lepas Tengku Muhamamd Fakhry memfailkan saman yang menamakan pegawai tadbir (pentadbiran) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, sebagai defendan.

Tengku Temenggong menyaman kedua-dua pegawai istana itu berhubung satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 15 Jun lepas mengenai masalah perkahwinan beliau dengan dan Manohara, seorang bekas model dari Indonesia.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan seolah-olah ayahandanya dan pejabat istana meminggirkan beliau dan seperti menggambarkan beliau bersalah mendera isterinya.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan berkata kenyataan akhbar berhubung pertelingkahan antara Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang dikeluarkan, adalah suatu "keistimewaan terhad" kerana mereka sekadar bertindak mengikut tanggungjawab masing-masing dalam hal ehwal istana atas arahan Pemangku Raja Kelantan.

Kedua-dua pegawai itu mendakwa bahawa perkataan-perkataan dalam kenyataan itu bukan bermaksud untuk memperkecilkan Tengku Temenggong dalam kedudukan beliau sebagai anggota keluarga diraja Kelantan.

Mereka memberi alasan bahawa pergolakan dalam kehidupan Tengku Temenggong dan isterinya adalah perkara peribadi dan tiada kaitan dengan hal ehwal Pejabat Sultan Kelantan.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment