WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 14, 2009

1MALAYSIA : PPP TERKENA SUMPAHAN PERAK

Kayveas Buat Laporan Polis Terhadap Murugiah

PUTRAJAYA, 13 Dis (Bernama) -- Pertelagahan antara Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas dan bekas anggota majlis tertinggi parti itu, Senator Datuk T Murugiah terus berpanjangan apabila Kayveas membuat empat laporan polis terhadap Murugiah dan empat yang lain hari Ahad.

Ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini, Kayveas berkata kesemua laporan itu dibuat berikutan tindakan Murugiah dan empat bekas anggota majlis tertinggi PPP, Dr N. A. Shanmuganathan, M. Jeyaratnam, S. G. Jothi dan R. Rajendran yang didakwanya memfailkan laporan palsu terhadap beliau.

Beliau berkata tindakan sedemikian perlu diambil bagi membersihkan namanya dari terus dicemari oleh kesemua individu berkenaan.

"Saya tidak akan berdiam diri lagi dan akan mengambil tindakan ke atas mereka mengikut lunas undang-undang," katanya.

Beliau berkata kesemua empat laporan itu dibuat atas kapasiti beliau sebagai pegawai awam PPP, Presiden PPP, rakan kongsi firma guaman Tetuan Blanche & Kayveas dan orang perseorangan.

"Saya juga turut membuat laporan polis bagi pihak isteri saya, Datin Blanche Olbery sebagai rakan kongsi Tetuan Blanche dan Kayveas kerana beliau kini bertugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea," katanya.

Pada 23 Jun lepas, Shanmuganathan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh Kayveas berhubung laporan kewangan PPP.

Menurut Shanmuganathan laporan itu yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan pada Mei tahun ini mengandungi beberapa fakta yang tidak benar dan mengelirukan.

Beliau turut mendakwa Kayveas telah mengambil wang parti untuk kegunaan firma guamannya.

Ketika mengulas perkara itu Kayveas berkata SPRM pada 25 Nov lepas telah memaklumkan kepada beliau menerusi surat bahawa aduan itu didapati tidak benar, sekaligus menutup kes itu.
"Ini adalah bukti bahawa laporan itu adalah palsu dan bertujuan untuk menjatuhkan nama baik saya semata-mata.

"Murugiah sepatutnya tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam Kabinet kerana dia telah disingkir dari parti. Bagaimana seseorang yang berada dalam kerajaan, membuat onar dalam parti politik kerajaan?" katanya.

BERNAMA

JEBAT_BERANI : KRISIS YANG MELANDA DALAM PARTI KOMPONEN B-END SEMAKIN PARAH NAMPAKNYA...IANYA PASTI MEMENINGKAN KEPALA P-END NAJIB WALAUPUN DITELANNYA PANADOL PASTI PENINGNYA TAK AKAN HILANG JUGA..MANA NAK PIKIR MASALAH DALAMAN UM-NO LAGI..MANA NAK PIKIR PERGOLAKKAN YANG MELANDA MCA..MANA NAK PIKIR MASALAH MIC DAN SEKARANG MASALAH PRESIDEN HARAM DAN HALAL PLAK DALAM PPP...

NAMPAKNYA KRISIS YANG MELANDA PPP ADALAH 'SUMPAHAN' TERHADAP B-END KERANA MERAMPAS NEGERI PERAK DARI PAKATAN RAKYAT..CERITA SAMA YANG MELANDA PPP APABILA TURUT DILANDA MASALAH PRESIDEN HARAM DAN PRESIDEN HALAL...SAMA LA KAN DENGAN PERAK..PERAK MB HARAM DAN MB HALAL...

HAMBA MALAS NAK KOMEN LEBIH-LEBIH AKAN MASALAH YANG MELANDA PPP NIE...PADA HAMBA LAGI TERUK MASALAH YANG MELANDA LAGI BAGUS...BIAR BERKUBUR TERUS PUN TAKPE...KALAU ADA PUN BUKANNYA MENGUNTUNGKAN RAKYAT..HANYA MENGUNTUNGKAN KRONI MEREKA SAHAJA..

1 comment:

  1. Allah akan kucar kacir kan mereka yang menentang perjuangan Islam

    ReplyDelete