Azmin : Peguam Akan Bertindak
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vickneswaran dan akhbar Utusan Malaysia berhubung dakwaan kononya beliau memiliki saham bernilai jutaan ringgit.
Menurut Azmin dakwaan tersebut tidak berasas malah menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan adalah berniat jahat serta bermotifkan politik untuk merosakkan reputasi beliau.
"Peguam saya telah pun mengemukakan notis of demand kepada pihak pertama,Utusan Malaysia dan juga Vigneswaran dan kedua dua pihak telah menjawab surat peguam saya dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin kerana saya tidak ada disini lebih tiga minggu dan saya baru sahaja kembali ke tanah air beberapa hari lalu dan telah pun mengarahkan kepada peguam saya untuk mengemukakan prosiding guaman terhadap Anuar Shaari dan mana-mana individu dan pihak yang membuat dan melaporkan fitnah yang jahat ini tidak terkecuali"katanya.
Azmin berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas perkembangan laporan isu pemilikan saham miliknya yang didakwa mencecah jutaan ringgit.
Sebelum ini,Vickneswaran yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamshida Tahrin termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.
Sumber : TV Selangor
JEBAT_BERANI : SAMAN JANGAN TAK SAMAN...JANGAN BAGI PELUANG KEPADA MEREKA INI MENABUR FITNAH..MEREKA BERNIAT BUKAN SAHAJ UNTUK MENJATUHKAN AZMIN TAPI JUGA IMEJ PAKATAN RAKYAT..NAMUN HAMBA YAKIN AZMIN DI PIHAK YANG BENAR..DAN HAMBA JUGA YAKIN RAKYAT TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN FITNAH MEREKA INI...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment