BUTTERWORTH, 12 Dis: Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang.
Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.
Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.
Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.
Apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.
Baru-baru ini timbul kontraversi apabila Nga Kor Meng berucap di parlimen berikutan kegagalankerajaan memberi dana kepada agama lain berbanding 611 buah masjid seluruh negara dalam tempoh tahun 2000 sehingga 2008.
Sehari selepas itu, Nga Kor Meng menafikan kenyataanya bermatlamat menimbulkan ketidak puasan hati masyarakat Islam sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memperuntukan RM748.26 juta manakala kepada agama lain sekadar RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja
Sumber : http://anaksengat.blogspot.com/2009/12/mai-lawan-demojadik.html
JEBAT_BERANI : NAMPAK GAYANYA 'BERUK-BERUK' UM-NO MULA MEMENUHI JALAN RAYA UNTUK BERDEMONTRASI...MEREKA BERDEMO UNTUK MEMBANTAH KENYATAAN NGA KOR MING YANG DIKATAKAN MENGHINA ISLAM KERANA MEMPERTIKAIKAN PERUNTUKAN BAGI MEMBINA MASJID...
HAMBA TIDAK MAHU MENGULAS ISU KENYATAAN NGA INI..HAMBA CUMA NAK MEMPERSOALKAN TINDAKAN UM-NO DAN SEKUTUNYA BERDEMO...HAMBA BUKANLAH NAK MEMBANTAH MEREKA BERDEMO..BERDEMOLAH NAK BERDEMO PUN...LAGI RAMAI LAGI BAGUS..CUMA PERSOALANNYA LUPAKAH MEREKA DENGAN APA YANG MEREKA KATAKAN SEBELUM INI..BAHAWASANYA BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA POLITIK UM-NO...
MALAH KETUA PEMUDA UM-NO SEBELUM INI PERNAH MENGATAKAN BAHAWA PESERTA DEMONTRASI BERSIH UMPAMA 'BERUK-BERUK' YANG MELOMPAT DI JALAN RAYA...NAH SEKARANG MEREKA SENDIR PULA YANG BERDEMO...NAK JADI 'BERUK' KE??TAK RASA MALU KE??KHAIRY AWAT DIAM PLAK...HARI TUE CAKAP KAT PAKATAN RAKYAT MACAM-MACAM...SEKARANG DAH TAK TAHU NAK KATA APA KE??
NAK BERDEMO KE APA BUATLAH..MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI..SETIAP ORANG BERHAK MENYATAKAN PENDIRIANNYA...MALAH DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADA MEMBENARKAN RAKYAT BERDEMONTRANSI SECARA AMAN...TAPI YANG TAK ADILNYA DIE ORANG JERK YANG BOLEH BERDEMO..KALAU PAKATAN RAKYAT 'BERLORI-LORI' LER PASUKAN POLIS DATANG MENGHALANG..APA CITA???DEPA BULEH KAMI TAK BULEH...CELAKA BETUIII!!!!!
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
yang duk berdemo tuh bukan NGO tapi NGOk,dah kebulur ler tuh....Bukan ramai sangat pun. Mana Katak Ibrahim, Ngapa tak demo Gerakan hina ketuanan melayu
ReplyDelete