WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 10, 2009

ADNAN YAAKOB BAKAL DISINGKIRKAN !!!

Defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman UMNO menyebarkan khabar bahawa Adnan Yaakob mungkin "dipindah"ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan.

Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru.

Namun, beliau bukanlah seorang yang baik dalam pengurusan, bukan sahaja tidak bijak dalam berniaga, malah mengakibatkan defisit belanjawan negeri Pahang untuk 10 tahun berturut-turut.

Pemimpin baru dengan gaya barunya sekurang-kurangnya akan menyuntik sesuatu yang baru untuk negeri Pahang. Dari kaca mata peniaga, MB ini tidak berwawasan, hanya menjaga sumber dan harta yang sedia ada. MB ini juga dilihat gagal memikirkan dasar yang terbuka untuk menarik lebih ramai pelabur.

Sebagaimana yang diketahui, Pahang sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Seandainya diterokai dan digunakan dengan sebaik-baiknya, maka ia bakal menarik pelaburan, lantas mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Hubungan Najib-Adnan

Hubungan Najib dengan Adnan umpama "mentor" dan "musuh". Adnan diangkat oleh Najib seketika dahulu. Namun, tiada kemestian yang selama-lamanya dalam politik. Semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menjawat PM, Adnan mengalih menjadi pendukung Abdullah sehingga mengabaikan Najib.

Maka, selepas Najib menjawat PM, desas-desus tersebar bahawa kedudukan Adnan akan digantikan pada bila-bila masa. Biarpun begitu, bukan senang untuk menggoyah kedudukan Adnan. Adnan memiliki kelebihan, iaitu hubungannya yang baik dengan Institusi Raja di Pahang. Najib mungkin tidak ingin menimbulkan masalah yang baru buat sementara ini.

Walaupun ini bukan kali pertama tersebarnya khabar bahawa Adnan akan dipindah ke pusat, dan ia mungkin berakhir seperti apa yang berlaku dahulu. Oleh itu, tidak menolak kemungkinan bahawa khabar ini diulangi kerana dua faktor. Pertamanya, ia disebarkan oleh orang UMNO yang tidak berpuas hati dengan Adnan; atau keduanya, ia disebarkan oleh Adnan sendiri untuk menguji siapa yang bermotif untuk mendaki ke atas tangga kuasa untuk menggantikannya, agar beliau boleh memancung kepalanya dengan serta-merta tanpa apa-apa persediaan dari pihak musuh.

Pengganti Adnan

Mereka yang pernah berkesempatan untuk bangkit menggantikan Adnan termasuklah Hasan Arifin dari Rompin, Shahirudin dari Raub, Omar Othman dari Kuala Lipis dan sebagainya. Namun, mereka "ditamatkan" dengan begitu sahaja. Shahirudin gagal mengancam Adnan lagi apabila terlibat dalam politik wang.

Kini, ADUN Lanchang, Mohd Sharkar Shamsudin memiliki peluang yang paling cerah untuk menggantikan Adnan. Mohd Sharkar bukan sahaja seorang EXCO kerajaan negeri, malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Lebih penting, Sharkar adalah orang rapat Najib.

Selain itu, mereka yang berpeluang untuk naik ke mercu kuasa termasuklah Shafik Fauzan Sharif dari Inderapura, Mohd Soffi Abdul Razak dari Benta dan Ishak Muhamad dari Bebar.

Demikianlah politik. Walaupun Adnan diangkat naik oleh Najib seketika dahulu, namun "pengkhianatan" terhadap Najib telah menggadaikan kepercayaan Najib terhadap dirinya. Najib tidak lagi melihat Adnan sebagai orang rapatnya. Untuk memperkukuhkan kuasa dirinya di Pahang, Najib perlu meletak orangnya agar boleh dijadikan kubu dirinya di negeri asalnya.

Najib tidak akan menggunakan seorang "pengkhianat", lebih-lebih lagi Adnan bukan satu-satunya orang yang berbakat dalam negeri Pahang. Adnan juga menyedari keadaan sedemikian. Menurut orang dekat Adnan, beliau telah mencari jalan keluar untuk dirinya. Rumah kediamannya yang lama tidak diduduki itu mula dibaiki semula. Ini menjadi bukti bahawa Adnan telah mengandaikan sesuatu yang buruk mungkin menimpa dirinya.

Pancung dengan KPI

Sumber dalaman UMNO berkata, Najib bakal merampas kerusi Adnan dengan alasan bahawa prestasi Adnan sebagai MB selama lebih 10 tahun, bahkan defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut gagal menjangkau KPI yang ditetapkan. Ini alasan yang terbaik, malah institusi Raja Pahang mungkin mengangguk kepada pertukaran MB.

Mengikut gaya Adnan, beliau yang selama ini bersikap acuh tak acuh tidak akan memberi penjelasan jikalau keadaan tidak genting. Kali ini, ketika menggulung dalam sidang mesyuarat DUN ketika pembentangan belanjawan, beliau mengumumkan stastistik belanjawan dari tahun 2000 hingga 2008, menjelaskan bahawa kerugian hanya berlaku pada tahun 2008, tetapi membuat keuntungan untuk tahun-tahun selainnya.

Mengapa Adnan memberi penjelasan, malah sekaligus mendedahkan perangkaan 8 tahun yang lalu? Tindakan Adnan boleh dikaitkan dengan spekulasi baru-baru ini, iaitu "masanya sudah sampai".

Satu lagi faktor yang mendorong agar Najib menukar MB adalah kesungguhan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan negeri ini. Sememangnya, Pahang memerlukan pimpinan seseorang yang berpotensi dan berbakat secara menyeluruh, malah direstui institusi Raja. Apakah Adnan bakal dipindah ke pusat? Kita tunggu dan lihat!

Sumber: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/12/beri-laluan-kepada-orang-najib-adnan.html

JEBAT_BERANI : KEGAGALAN ADNAN BUKAN LAGI SUATU PERKARA YANG DIADA-ADAKAN...SEMUA RAKYAT PAHANG TAHU AKAN KELEMAHAN ADNAN NIE...BELIAU ANTARA MB BERWATAK SAMSESNG DAN TAK SENONOH...

NEGERI PAHANG YANG KAYA DENGAN HASIL BUMI TETAPI SETELAH 10 TAHUN TIDAK BANYAK PERKARA YANG DILAKUKAN ADNAN BAGI MEMAJUKAN NEGERI PAHANG.MALAHAN NEGERI LAIN YANG TIDAK MEMPUNYAI KEKAYAAN SEPERTI PAHANG SUDAH MULA MEMINTAS PAHANG DARI SEGI PENBANGUNAN.

SEBAGAI MB PAHANG ADNAN SEHARUSNYA BERASA MALU DENGAN PERCAPAIANNYA.BELIAU GAGAL MENARIK PELABUR ASING MELABUR DI NEGERI PAHANG...ENTAH APA YANGV BELIAU BUAT HAMBA PUN TAK TAHU..

SELAKU PENGUNDI DI PARLIMEN PEKAN,PAHANG..HAMBA MENYAKSIKAN 2 ERA MB YANG MEMERINTAH NEGERI PAHANG..SAYANGNYA KEDUA-DUANYA ADALAH PEROMPAK BESAR...YANG SATU PEROMPAK DAH JADI YANG DIPERTUAN NEGERI...EHM ENTAH LA APA NASIB ORANG PAHANG..NASIB BAIK HAMBA HANYA ORANG KELANTAN YANG MENETAP DI PAHANG..KURANG LER SIKIT RASA MALUNYE..KUI,KUI,KUI...

No comments:

Post a Comment