WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 30, 2009

AKAN HAMBA SAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA

HARI INI HAMBA RASA SEPERTI HENDAK MENYAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA...HAMBA RASA GERAM DAN MARAH SUNGGUH..KALAULAH HAMBA MEMPUNYAI KELAYAKAN ATAU PUN BERDUIT AKAN HAMBA USAHAKAN UNTUK MENYAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI...GERAM,MARAH DAN JUGA SEDIH MENGUASAI DIRI HAMBA KETIKA INI..

KALAULAH KERAJAAN 1MALAYSIA MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG DENGAN ADIL DAN TELUS BANYAK MASALAH YANG MELANDA DALAM NEGARA INI DAPAT DISELESAIKAN..TAPI KERANA SIKAP ACUH TAK ACUH,KRONI,AMALAN RASUAH DAN 'BACUL' KERAJAAN 1MALAYSIA BANYAK MASALAH YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA TIDAK BERKESUDAHAN...

HARI INI HAMBA TELAH BERTINDAK DI LUAR KAWALAN..HAMBA TELAH MEMBELASAH ADIK IPAR HAMBA.HAMBA TELAH 'MENANGKAP' BELIAU DI DALAM PREMIS JUDI(MESIN KUDA) DAN TANGKAPAN INI BUANLAH YANG PERTAMA KALI..

SEBELUM INI HAMBA TELAH BEBERAPA KALI MENANGKAP BELIAU DI PREMIS JUDI TERSEBUT..SETELAH DIMARAHI DAN DINASIHATI BELIAU BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT..NAMUN JANJI HANYYA TINGGAL JANJI..KATA-KATA INSAF BELIAU HANYALAH UNTUK MEREDAKAN KEMARAHAN HAMBA SAHAJA..BELIAU KEMBALI BERJUDI TIDAK LAMA KEMUDIAN...

HAMBA SANGAT KECEWA..KECEWA BUKAN DISEBABKAN BELIAU TIDAK MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT HAMBA,TETAPI KECEWA KERANA BELIAU MELAKUKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM...DAN APA YANG MENAMBAH KEKECEWAAN HAMBA IALAH KEGAGALAN BELIAU MEMBERIKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK KEPADA ISTERINYA YANG JUGA MERUPAKAN SEORANG MUALAF..

ADIK IPAR HAMBA INI BERASALA DARI NEGERI SABAH DI BAWAH BE-END(BAYU) DAN BARU SAHAJA MENDIRIKAN RUMAHTANGGA 2 BULAN YANG LALU DENGAN SEORANG GADIS BERKETURUNAN CINA..SELEPAS BELIAU BERNIKAH DENGAN GADIS TERSEBUT,HAMBA LANGSUNG MENGAJAK BELIAU TINGGAL BERSAMA HAMBA MEMANDANGKAN ISTERINYA MEMERLUKAN SESEORANG UNTUK MENDALAMI ISLAM DAN BELIAU BUKANLAH ORANG YANG BOLEH DIHARAPKAN..

ALHAMDULLILAH,ISTERINYA SEORANG YANG MENUNJUKAN MINAT DENGAN ISLAM MALAH SEORANG YANG SENANG DIDIDIK DENGAN AJARAN ISLAM...TAPI AMAT MENGECEWAKAN HAMBA ADALH ADIK IPAR HAMBA INI,SUDAHLAH GAGAL MENDIDIK ISTERINYA DENGAN AJARAN ISLAM,MEMBERI CONTOH TELADAN YANG BAIK SEBAGAI SEORANG ISLAM PUN GAGAL DILAKSANAKANNYA...

JANGAN KATA NAK MENGIMANKAN ISTERINYA,NAK SEMBAHYANG UNTUK DIRI SEMDIR PUN TAK MAHU DILAKUKANNYA..PUAS DINASIHATI APATAH LAGI DIMARAHI BELIAU TETAP DENGAN TABIATNYA..MENJADIKAN KEADAAN TAMBAH BURUK ADALAH SIKAP BELIAU YANG SUKA BERJUDI..BUKAN SEDIKIT DUIT YANG DIHABISKANNYA..TAK CUKUP DUIT SENDIRI DUIT ISTERI PULA DIAMBILNYA...

PERNAH KETIKA HAMBA MEMARAHINYA DAN HAMBA BERTANYA TAK MAHUKAH BELIAU BERHENTI BERJUDI?BELIAU MENJAWAB DENGAN BERKATA,BAHAWA BELIAU SENDIRI SUDAH PUAS BERUSAHA UNTUK BERHENTI BERJUDI,NAMUN BELIAU TIDAK DAPAT MENAHAN DIRI DARI PERGI KE PREMIS JUDI ITU..BELIAU BERKATA LAGI,KALAULAH PREMIS JUDI ITU TIDAK ADA BARULAH BARANG KALI BELIAU BOLEH BERHENTI BERJUDI...

MAKA TERFIKIR PULA HAMBA..MENGAPAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA GAGAL MEMABASMI PREMIS PERJUDIAN INIDAN MENGAPA ADA PREMIS JUDI INI YANG DIBERIKAN LESEN..APAKAH KEPERLUAN DAN KEUNTUNGAN PREMIS JUDI INI KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA??HANYA MALA PETAKA SAHAJA YANG HAMBA TAHU DENGAN WUJUDNYA PREMIS JUDI INI...MALAH INTITUSI KELUARGA BOLEH RUNTUH DENGAN ADANYA PREMIS JUDI INI..

BUKAN SEDIKIT PREMIS JUDI INI..DAN IANYA BUKANLAH TERSOROK ATAU TERSEMBUNYI..DI TEMPAT HAMBA SENDIRI ADA 3 PREMIS JUDI SEPERTI INI SECARA TERANG-TERANGAN..APAKAH PIHAK BERKUASA KERAJAAN 1MALAYSIA GAGAL MENGESANNYA?APAKAH YANG MEREKA LAKUKAN BILA ADA LAPORAN DARI MASYARAKAT SETEMPAT.BERTINDAKKAH MEREKA ATAU HANYA BERDIAM DIRI??

PERCAYALAH KATA-KATA HAMBA..SEBUAN YANG DILAKUAKAN KEATAS PREMIS INI YANG DISIARKAN DI DALAM TELEVISION HANYALAH GIMIK SEMATA-MATA..HARI INI SERBUAN DILAKUKAN ,BESOKNYA PREMIS TERSEBUT KEMBALI BEROPERASI...APA INI SEMUA?SANDIWARA SEMASA KE?MENGAPAKAH PERKARA INI BERLAKU?

PERKARA SEPERTI INI BERLAKU KERANA WUJUBNYA SIKAP ACUH TAK ACUH,KRONI,AMALAN RASUAH DAN SIKAP 'BACUL' KERAJAAN 1MALAYSIA..PERKARA SEPERTI INI SEMEMANGNAY BUDAYA YANG TELAH SEBATI DALAM PEMERINTAH 1MALAYSIA SEJAK DAHULU LAGI...

KERANA ISLAM DILETAK KETEPI,RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN 'ROSAK' JADINYA...BERTAMBAH TERUK BILA WJUBNYA PEMIMPIN YANG CUBA MEMPERKENALKAN ISLAM MENGIKUT 'ACUAN' MEREKA SEHINGGA WUJUBNYA 'ISLAM HADHARI' YANG TAK DIKETAHUI DATANGNYA DARI KITAB YANG MANA..

APABILA 'PENCEN' PEMIMPIN HADHARI INI WUJUB PULA PEMIMPIN 1MALAYSIA YANG JUGA TIDAK MELETAKAN ISLAM SEBAGAI ASAS PEMERINTAHAN...MAKA MAKIN TERPINGGIRLAH ISLAM DALAM MASYARAKAT MALAYSIA..ISLAM HANYA WUJUB PADA NAMA TIDAK PADA ROHANIANYA..

DAN LEBIH-LEBIH MENJAHANAMKAN ISLAM ADALAH SIKAP PENGUATKUASA ISLAM YANG ADA DI MALAYSIA...MEREKA NAMPAKNYA SUDAH TIDAK TAHU AKAN TUGAS YANG PERLU DIUTAMAKAN..DARI MENGUTAMAKAN HAL-HAL MENDIDIK DAN MEMBERI DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM SERTA MENCEGAH KEMUNGKARAN,MEREKA MEMILIH UBTUK MENGUTAMAKAN TUGAS UNTUK MENANGKAP ALIM ULAMA YANG BERDAKWAH TANPA KULIAH..

PADA MEREKA WALAUPUN AJARAN YANG DISAMPAKAN ITU BENAR DAN TIDAK MENYALAHI SYARIAT,IANYA TETAP SALAH PADA MEREKA KERANA TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH DARI MEREKA.PERBUATAN MEREKA INI BUKAN SAHAJA MERUGIKAN ORANG ISLAM MALAH IANYA AKAN MENYEBABKAN AJARAN ISLAM SEMAKIN DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MALAYSIA..

SAMPAI BILAKAH HAL SEPERT INI AKAN BERTERUSAN..KEADAAN INI MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN ROSAK ENGAN PELBAGAI GEJALA SOSIAL..JUDI HANYALAH SALAH SATU DARINYA..BANYAK LAGI GEJALA SOSIAL YANG LAIN..ARAK,PELACURAN,SUMBANG MAHRAM,PERGAULAN BEBAS,PENAGIHAN DADAH DAN BERMACAM-MACAM LAGI YANG TAK MAMPU HAMBA SEBUTKAN KESEMUANYA..

PERCAYALAH KATA-KATA HAMBA BAHAWA MASALAH INI MAMPU DIATASI ATAU SETIDAK-TIDAKNYA DIKURANGKAN KEPADA TAHAP YANG PALING MENIMA JIKA PIHAK KERAJAAN TELUS MENJALANKAN TUGAS..BUKANNYA MELETAKAN KEPENTINGAN PREBADI ATAU KRONI SEBAGAI KEUTAMAAN..SEBALIKNYA KERAJAAN PERLU MELETAKAN ISLAM SEBAGAI PANDUAN ATAU LEBIH TEPAT BIAR ISLAM YANG MEMERINTAH BUKANNYA DIPERINTAH..

JIKA KERAJAAN TERUS GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB INI HAMBA KUARTIR AKAN ADA ABANG-ABANG IPAR SEPERTI HAMBA YANG AKAN MEMJADI 'PEMBUNUH' KERANA GAGAL MENGAWAL KEMARAHAN BILA BERHADAPAN DENGAN SITUASI SEPERTI HAMBA..DAN JIKA HAMBALAH YANG DITAKDIRKAN MEMJADI 'PEMBUNUH ITU..SEBELUM HAMBA DIDAKWA MELAKUKAN PEMBUNUHAN AKAN HAMBA SAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA KERANA MENYEBABKAN HAMBA MENJADI PEMBUNUH...

KERAJAAN 1MALAYSIALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN HAMBA MEMJADI PEMBUNUH..KERAJAANLAH YANG BERSALAH...KERAJAAN GAGAL MEMBASMI GEJALA BEURUK YANG BERLAKU DALAM NEGARA SEHINGGA ADIK IPAR HAMBA TURUT TERLIBAT DENGAN GEJALA BURUK INI...KERAJAANLAH YANG BERTANGGUNGJAWAB SEMUANYA SEBAGAIMANA KESULTANAN MELAKA BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN HANG JEBAT MEMJADI SEORANG PENDERHAKA

5 comments:

  1. Jangan derhaka pada Allah Jebat seperti ipar.Mari kita lihat hari ini.Ramai ibubapa juga derhaka pada anak.Mereka tidak mendidik anak sepertimana tuntutan Islam.
    Dalam proses membentuk kerajaan juga, sekiranya ibubapa menjadi da'ei yang baik pasti akan menyampaikan apa tuntutan diakhirat esok bagi tangan-tangan yang memangkah di petak undi.Dan sesungguhnya undi anda menentukan pembentukkan kerajaan.
    Maka apabila sekular dimenangkan maka memerintahlah mereka secara sekular dan berleluasalah judi,arak,zina,rasuah dan segala bagai yang sedang kita perjuangkan hari ini.

    ReplyDelete
  2. begitulah perasaan orang yang kecewa.... katalah pasal x beduit nak saman, kalau ada duit banyak dah lain pulak ceritanya!!! biakpi la depa aku peduli apa, jangan kacau duit aku dah la... kalau nak saman bukan kira ada x de duit usaha dulu, jalan tetap ada. aku cadangkan:buat perjalanan dari utara sampai selatan berbasikal, temui setiap orang , mintak derma rm 1 kepada setiap orang yang ditemui, jangan minta lebih.biar pun 3 bulan baru selesai, mulakan bulan sya'aban, bayangkan sampai hariraya pulak masa tu.... kalau sorang rm 10 pada hariraya tu kacang je. sampai kat tambak johor kontainer dah tunggu nak tolong bawa balik duit derma ke pejabat lawyer hanipah maidenuntuk bayar kos guaman, jadi apa masaalahnya??? kalau nak la... nak ke?? kalau xnak lupakanla saman saman ni. buang bateri je.. baik kita berblog jer.

    ReplyDelete
  3. ehm...:) apa pun komen atau ulasan dari sahabat sekalian hamba hargai...apa yang hamba tuliskandiatas hanyalah luahan hati hamba bagi mengurangkan rasa tertekan hamba dalam menangani akan perangai adik ipar hamba...membunuh??insaallah tidak sama sekali...hamba masihmempunyai kekuatan dan keimanan untuk berhadapan dengan situasi ini..cuma hamba bayangkan kalaulah ada abang-abang yang lain senasib dengan apa yang hamba alami dan akhirnya gagal mengawal kemarahan..tak mustahil rasanya akan ada yang terbunuh..?sapa salah?sapa yang bertanggungjawab?itu yang cuba hamba kupaskan..mungkin pendapat hamba salah..namun ianya adalah pendapat hamba yang cetek ilmunya..mohon tunjuk ajar dari yang lebuh mengetahui...

    ReplyDelete
  4. salam jebat, sabar lah, doa byk2.insyaallah adik ipar jebat akan berubah.

    ReplyDelete