Isu Ariffahmi: Mahfuz berlapang dada dengan Nik Aziz
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Pandangan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal turut mendapat nasihat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz meminta Mahfuz supaya jangan mengambil tindakan terburu-buru dalam isu perjawatan Ariffahmi manakala Mahfuz pula secara terbuka berkata, beliau berlapang dada dengan teguran balas Mursyidul Am PAS itu.
Ketika ditanya wartawan semalam, Mahfuz berkata, beliau berlapang dada dengan teguran Nik Aziz kerana menganggap Mursyidul Am PAS itu seperti bapanya.
“Bagi saya Tok Guru (Nik Aziz) semacam bapa yang saya cukup kasih dan sayang, maka apa jua nasihatnya saya berasa berlapang dada, saya tidak patut berkecil hati kerana beliau bapa saya sendiri menegur saya,” jelas Mahfuz.
Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Mahfuz silap dalam hal ini.
Menurutnya, CEO PMBK itu seorang pegawai yang dilantik mengikut peraturan, dan sekiranya ingin berundur harus mengikut kaedah termasuk sekiranya ingin bercuti tiada sebarang masaalah.
“Apabila dia keluar (melepaskan jawatan), saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja.
“Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun dan lain-lain lagi,”ujar Nik Aziz dalam sidang medianya baru-baru ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini semata-mata untuk menjaga nama baik Nik Aziz.
“Ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau turut menegaskan bahawa nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini bukanlah untuk mengajar Nik Aziz.
Ujarnya lagi, selagi Ariffahmi tidak berundur dari jawatan yang disandang membolehkan pemimpin tertentu Umno berpesta mencerca Nik Aziz menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
“Saya ini anak sahaja (di sisi Nik Aziz), sedangkan Tok Guru adalah bapa yang saya kasih. Yang saya nasihat bukannya Tok Guru, tetapi adik saya sendiri (iaitu) Ariffahmi supaya sedia berundur,” jelas Mahfuz.
“Ariffahmi pun saya anggap macam adik saya. Sebab itu saya yakin, Ariffahmi juga sayangkan Tok Guru, sama seperti saya sayangkan Tok Guru," katanya.
Isnin lalu, Mahfuz menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan CEO PMBK demi mengelakkan sebarang dakwaan kronisme oleh pihak tertentu dilemparkan kepada Nik Aziz.
Sebelum itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat bermesyuarat bersama Nik Aziz, sebelum menasihatkan Ariffahmi supaya meletak jawatannya.
Ariffahmi sebelum ini berjanji lisan untuk meletak jawatan itu telah menghantar surat rasmi berkuatkuasa mulai 25 Disember ini. Namun kontrak perjawatannya memerlukan beliau memberikan notis selama tiga bulan Oleh itu beliau akan tamat perkhidmatannya dengan PMBK Mac tahun depan
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : KALI INI HAMBA TABIK DENGAN SEMANGAT 'KEKELUARGAAN' YANG DITUNJUKKAN OLEH MAHFUZ.BELIAU MENUNJUKKAN KEMATANGAN YANG SANGAT TINGGI APABILA MENERIMA TEGURAN TOK GURU INI SEBAGAI TEGURAN BAPA KEPADA ANAK..PERKARA INI RASANYA TAK AKAN DAPAT KITA LIHAT DALAM UM-NO/BE-END..INILAH KELEBIHAN PARTI BERASAKAN ISLAM.SETIAP PERKARA DIBINCANGKAN MENGUNAKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN..SEMOGA IKATAN 'KEKELUARGAAN' ANTARA PIMPINAN INI AKAN TERUS BERKEKALAN..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
Inilah yang ada dalam jiwa perjuang PAS. Sanggup merendah diri dan di kritik. Tadbir
ReplyDeleteKERANA PERJUANGAN INI DEMI MENEGAKKAN SYIAR ISLAM BUKANNYA PERJUANGAN BERKEPENTINGAN PRIBADI SEBAGAIMANA UM-NO/BE-END...
ReplyDeleteSalam kunjungan.
ReplyDeleteMengikut peraturan kerajaan, kedua-dua kaedah boleh dipakai dalam dua suasana yang berbeza.
Pertama - diarah berhenti (kata-kata halus memecat pegawai tinggi)serta merta atau diberikan tarikh tertentu. Orang ini perlu kosongkan jawatan disandang mengikut arahan dengan imbuhan tertentu atau tidak.
Kedua - Berhenti dengan sukarela dengan menghantar notis kepada kepada majikan dengan memberikan tempuh tertentu atau dengan membayar sebulan gaji.
Maknanya bagi saya kedua-dua kaedah boleh diterima sama ada segerakan atau dengan memberikan tempuh untuk majikan memikirkan penggantinya. Maka tidak ada sebab TGNA ditekan.
ya benar sahabatku mounweller...
ReplyDeletemaknanya kita harus faham dan memberi kepercayaan kepada TGNA menyelesaikan perkara ini menggunakan kebijaksanaan beliau..tak perlu kita memberikan tekanan yang berlebihan seolah-olah kita seperti puak-puak um-no/be-end yang ingin melihat kejatuhan TGNA..hamba percaya segala keputusan yg diambil oleh TGNA telah beliau perhalusi mengikut ilmu yang beliau miliki..