Umno Pulau Pinang Angkuh
Pemuda Gerakan membidas sebahagian pemimpin UMNO yang masih angkuh dan enggan sedar dari sindrom berkhayal. Mereka dengan naifnya menganggap bahawa Barisan Nasional berupaya merampas semula kerajaan negeri Pulau Pinang seandainya Pengerusi BN negeri Pulau Piang ditukar.
Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin (gambar kiri) berkata, sesetengah pemimpin UMNO masih belum faham dengan jelas punca utama BN ditolak oleh rakyat. Menurutnya, UMNO sekadar menuding jari kepada parti komponen BN yang lain, tanpa menyedari bahawa UMNO-lah pencetus segala masalah!
"Sekiranya BN, khususnya UMNO ingin merampas balik kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang akan datang, maka lebih baik mereka berdepan dengan realiti sekarang--realiti bahawa rakyat mahukan perubahan."
Lim Si Pin menyelar UMNO dalam satu kenyataan ketika mengulas isu permintaan pemimpin UMNO untuk menukar Pengerusi BN di Pulau Pinang.
Beliau berkata, walaupun hampir dua tahun telah berlalu selepas PRU ke-12, namun sesetengah pemimpin UMNO masih tidak berubah, dengan mengekalkan keangkuhannya dan langsung tidak mendukung semangat BN.
"Pada masa yang sama, UMNO harus dengan jelas menyedari sejauh manakah isu Ahmad Ismail menjejaskan kekuatan politik dan perpaduan BN di negeri Pulau Pinang. Sebaliknya, UMNO telah memulihkan keahliannya dengan lebih awal, memberi impak yang besar terhadap BN di Pulau Pinang."
Oleh itu, beliau menasihati pemimpin UMNO yang masih tidak sedar, agar menyedari bahawa kunci untuk merampas semula Pulau Pinang bukan bergantung kepada calon pengerusi BN negeri Pulau Pinang, tetapi sama ada UMNO telah berubah?
Lim Si Pin menegaskan bahawa Pemuda Gerakan menyokong sepenuhnya agar Gerakan terus menyandang jawatan Pengerusi BN negeri Pulau Pinang, dan tidak akan kompromi dalam hal ini!
*Kenyataan media oleh Lim Si Pin, Ketua Pemuda Gerakan
Sumber : Blog-list Malaysia
JEBAT_BERANI : KRISI DALAMAN KOMPONEN PARTI BE-END NAMPAKNYA TIADA BERKESUDAHAN..DAN KALI INI IANYA MELIBATKAN ANTARA PARTI UM-NO DENGAN GERAKAN...YANG SATU NAK JAWATAN PENGERUSI BE-END DAN YANG SATU LAGI ENGGAN MELEPASKANNYA....
PADA HAMBA TAK KIRALAH SIAPA SEKALI PUN YANG MEMEGANG JAWATAN PENGERUSI BE-END IANYA TETAP TIDAK AKAN MEMBAWA APA-APA MAKNA KEPADA RAKYAT PULAU PINANG..RAKYAT PULAU PINAG BUKAN SAHAJA TELAH MENOLAK BE-END,MALAH RAKYAT PULAU PINANG JUGA SEDANG BERUSAHA 'MELUPUSKAN' TERUS BE-END DARI MUKA BUMI PULAU PINANG...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment