PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'
KUALA LUMPUR, 14 Dis - PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.
Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.
"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno."Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan".
"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya.
Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.
Sumber Harakah Daily
JEBAT_BERANI : KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN UM-NO/BE-END SELAMA INI SUDAH TIDAK BOLEH DITERIMA RAKYAT...BAIK KATA MELAYU,CINA MAHUPUN INDIA MERASA TIDAK SELAMAT DAN TIDAK MENDAPAT KEADILAN DI BAWAH PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END...
UM-NO/BE-END HANYA TAHU MENGUNTUNGKAN KRONI-KRONI MEREKA SAHAJA..YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN..MEREKA HANYA MENGAMBIL BERAT AKAN RAKYAT APABILA TIBANYA MUSIM PILIHAN RAYA..JIKA TIDAK JANGANKAN KELIBAT MEREKA,BAYANG PUN BELUM TENTU...
SEKARANG TIBA MASANYA RAKYAT BERSATU MENYATAKAN BAHAWA UM-NO ADALAH PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR..MEREKA HANYA BERSELINDUNG DENGAN PELBAGAI SLOGAN YANG KONONNYA MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT NAMUN HAKIKATNYA ADALAH SEBALIKNYA...
KEMPEN UMNO PENGKHIANAT RAKYAT SANGATLAH SESUAI DENGAN APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA..DARIPADA MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT SEHINGGALAH KEPADA PERBUATAN MEREKA YANG MENGABAIKAN KEBAJIKAN RAKYAT UM-NO DILIHAT SEMAKIN TIDAK RELEVAN DENGAN PERJUANGAN MEMBELA NASIB RAKYAT MALAYSIA...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment