WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, December 12, 2009

1MALAYSIA : P-END NAJIB TAKUT DENGAN BLOGGER??!!

Cadang Kod Etika Penulis Blog: Najib Semakin Gelisah - Badrul Hisham

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER: Najib dilihat semakin gelisah sehingga terpaksa memberi cadangan untuk meletakkan kod etika kepada penulis blog di Malaysia. Hal ini ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham shaharim kepada Erapakatan.

Badrul Hisham berpendapat rejim pimpinan Najib semakin tertekan dengan media baru yang menjadi barah dalam mendedahkan kebenaran kepada rakyat.

Menurut beliau, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menaja penulis blog ‘hantu’ yang sentiasa menyokong dan mempertahankan tindakan BN namun rakyat semakin bijak dalam membuat pilihan. Rakyat jelasnya telah memilih tulisan-tulisan yang menunjukkan kebenaran.

“Rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian. Rakyat hanya mengangkat pendedahan yang menyatakan kebenaran. Ini yang membuatkan Najib semakin bijak,” jelas Badrul .

Kenyataan untuk mengadakan kod etika telah menunjukkan Najib dan Isterinya Rosmah takut dengan pendedahan demi pendedahan yang dikeluarkan penulis-penulis blog di Malaysia. Tindakan seperti ini juga telah menunjukkan pimpinan Najib semakin ketinggalan di belakang.

Beliau berkata, ekonomi Negara akan menerima impak hasil dari kod etika yang cuba dilaksanakan oleh Najib. Pelabur katanya tidak akan melabur kepada Negara yang semakin tertinggal di belakang.

“Pelabur hanya akan mencari Negara yang setiasa berada di hadapan untuk membuat pelaburan. Jika benar pelabur di dunia hanya inginkan kos buruh yang murah, mereka boleh sahaja pergi ke Negara-negara yang mundur. Namun pelabur tidak akan mencari Negara yang tertinggal jauh di belakang untuk melabur,” jelas Badrul lagi.

Kod etika yang cuba di letakkan akan menyebabkan Malaysia akan tertinggal ke belakang kerana media baru kini sudah berada jauh di hadapan. Hal ini kerana rakyat sendiri telah menggunakan media baru dalam menilai dan membuat keputusan dalam sesuatu isu.

Najib yang dipetik dalam blog rasminya sebagai berkata, beliau amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh para penerbit.

Sumber : Era Pakatan

JEBAT_BERANI : KENAPA PERLU TAKUT??!!BAK KATA PEPATAH,"SAPA MAKAN CILI DIE LA YANG TERASA PEDAS"...APAKAH P-END NAJIB MAKAN CILI??!!NAMPAKNYA P-END NAJIB MULA BIMBANG DENGAN PENGARUH DAN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT HASIL DARI MATLUMAT YANG DISAMPAIKAN OLEH PARA BLOGGER PRO PAKATAN RAKYAT..

WALAUPUN UM-NO/BE-END MEMPUNYAI BLOGGER MEREKA SENDIRI..IANYA TIDAK MAMPU MENGATASI PENGARUH PARA BLOGGER PAKATAN RAKYAT..KALAU DULU RAKYAT HANYA DIMOMOKAN DENGAN MEDIA PENGAMPU UM-NO/BE-END,TAPI KINI MEREKA MEMPUNYAI PILIHAN MATLUMAT YANG BERBEZA DENGAN ADANYA INFOMASI ALTERNATIF INI..

UM-NO/BE-END YANG DILIHAT CUBA MENYAINGI BLOGGER PRO PAKATAN RAKYAT INI DENGAN MENUBUHKAN DAN MENGADAKAN KURSUS BLOGGER UNTUK AHLI MEREKA..NAMUN IANYA GAGAL MENYAINGI AKAN KEBENARAN YANG DISAMPAIKAN OLEH PARA BLOGGER PAKATAN RAKYAT..KEPADA PARA BLOGGER PAKATAN RAKYAT TERUSKAN PERJUANGANMU DAN JANGAN TAKUT WALAU KOD ETIKA INI BERJAYA DIWUJUDKAN....

No comments:

Post a Comment