Edisi Pahang: Amat Memalukan, Orang Kampung Sudah Menjadi Perdana Menteri Malaysia Tetapi Rakyat Pekan Masih Derita Masalah Bekalan Air !!
PEKAN, 11 Dis [9.00 pm] - Warga Pahang sungguh terkejut bila membaca satu keratan suara rakyat yang dihantar oleh seorang penduduk Kg.Ganchong Pekan ke ruangan "surat pembaca" Utusan Malaysia hari ini.
Antara lain, pengirim yang hanya mahu dikenali sebagai "Cucu Tok Gajah" itu telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana biarpun Pekan cukup terkenal sekarang kerana mempunyai seorang pemimpin yang telah bergelar Perdana Menteri, namun masalah ketiadaan air terus melanda kampung beliau dan kawasan sekitarnya sejak bertahun-tahun lamanya.
Menurut pengirim, masalah itu yang sudah dialami sejak sekian lama kini bolehlah dianggap perkara biasa bagi para penduduk disitu. Namun beliau hampa dan merasa terhina kerana Ahli Parlimen Pekan, Dato' Najib Razak kini sudah bergelar pemimpin nombor satu negara. Namun, masalah tersebut terus berlarutan hingga ke hari ini.
"Perkara ini telah menyusahkan para penduduk, bukan sahaja setiap kali musim perayaan malahan pada hari-hari biasa" katanya. "Air hanya keluar ke tangki dalam rumah menjelang tengah malam, dan kembali berhenti menjelang subuh.
Pada waktu siang pun, kalau ada air pula ia hanya keluar sekejap-sekejap dan tekanannya tidak kuat untuk masuk ke tangki simpanan" tambah beliau lagi. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak akhbar dan jabatan yang berkenaan, namun tiada penjelasan memuaskan telah diberikan.
Malah beliau juga berharap dengan pendedahan terbaru ini maka adalah pihak tertentu yang akan mengambil tindakan secara proaktif dan responsif isu ini. "Kami juga tidak mahu lagi mendengar jawapan klise yang menyalahkan paip bekalan, kepadatan penduduk, loji kecil dan sebagainya.
Ini kerana perkara tersebut sudah diketahui pihak terbabit sejak sekian lama dan langkah perlu sepatutnya sudah diambil oleh mereka. Apakah kita tidak malu, orang kampung kita sudah menjadi Perdana Menteri tetapi orang kampung Perdana Menteri itu masih tidak berair" katanya.
Sumber : Pahang Daily Online
JEBAT_BERANI : MEMALUKAN!!!ITULAH PERKATAAN YANG PALIN TEPAT BAGI MENGAMBARKAN AKAN KELEMAHAN P-END NAJIB INI..JANGAN KATA NAK BERBICARA SESUATU DI PERINGKAT NASIONAL...PARLIMEN BAWAH JAGAANNYA SENDIRI TERABAI..APALAH NASIB RAKYAT MALASIA DAPAT P-END CAM NIE...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment