WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 10, 2009

1MALAYSIA : BENARKAN MEREKA MENGAMALKAN AGAMA MEREKA !!

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.


Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.

Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.

‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.

‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.

Sumber : http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2311

JEBAT_BERANI : APAKAH SALAH NGA KOR MING MELUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATINYA DENGAN LAYANAN TIDAK ADIL KERAJAAN '1MALAYSIA' TERHADAP PENGANUT BUKAN ISLAM??APAKAH SALAH BELIAU MENHARAPKAN KERAJAAN '1MALAYSIA' TURUT MENYEDIAKAN PERUNTUKAN BUAT PENGANUT BUKAN ISLAM MEMBINA TEMPAT IBADAH MEREKA??

SELAMA 19 TAHUN PAS MEMERINTAH DI KELANTAN BELUM PERNAH ADA RUNGUTAN DARI PENGANUT BUKAN ISLAM TERHADAP LAYANAN DAN PERUNTUKAN YANG DISEDIAKAN KEPADA MEREKA??ADAKAH MEMJADI SATU PENHINAAN KEPADA ORANG ISLAM APABILA PENGANUT BUKAN ISLAM MEMBINA TAMPAT IBADAH MEREKA??ADAKAH ISLAM MENGAJAR KITA MELARANG PENGANUT BUKAN ISLAM MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA DI NEGARA YANG KITA PERINTAH??

INGATLAH BAHAWA ISLAM TIDAK SESEKALI AKAN TERHINA DENGAN PEMBINAAN TEMPAT IBADAH BAGI PENGANUT BUKAN ISLAM.SESUNGGUHNYA HARI INI ISLAM DIHINA OLEH PENGANUTNYA SENDIRI YANG MENGATAKAN BAHAWA PERUNDANGAN ISLAM TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN ATAS ALASAN TERTENTU.MENGAPA??ADAKAH ALLAH S.W.T TIDAK CUKUP BIJAKSANA APABILA MENYEDIAKAN HUKUM-HUKUM BAGI HUKUM-HUKUM BAGI MANUSIA??

SETIAP PENGANUT BUKAN ISLAM BERHAK MENGAMALKAN AGAMA MEREKA.JUSTERU ITU MEREKA BERHAK MENDAPATKAN RUMAH IBADAT MEREKA.JIKA KITA BENAR-BENAR TIDAK MAHU ISLAM TERHINA,MAKA AMALKANLAH ISLAM SEPENUHNYA BUKAN HANYA MENGAMBIL SEBAHAGIAN DARI...JANGAN KITA PULA YANG MENJADI PARANG YANG MENGHINA AGAMA KITA SENDIRI..

No comments:

Post a Comment