WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 28, 2009

KARTIKA TEMUI TOK GURU NIK AZIZ

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KENAPALAH AGAKNYA HUKUMAN ROTAN TERHADAP KARTIKA DILENGAH-LENGAHKANSEDANGKAN BELIAU SUDAH SEDIA UNTUK MENERIMA HUKUMAN TERSEBUT..APAKAH ADA PIHAK LAIN YANG RISAU MEREKA AKAN TURUT MENRIMA NASIB SEUMPAMA KARTIKA JIKA HUKUMAN INI BERJAYA DILAKSANAKAN???

3 comments:

  1. Salam Jebat. Harap Kartika benar-benar ikhlas atas tindakannya. Suara halus ada juga membisikkan kemungkinan Kartika hanya mahukan publisiti. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Itu bukan suara halus, namanya prasangka yang lahir daripada hati yang busuk.

    Apakah manusia fikir mereka tahu niat dalam hati orang lain??

    Wallahu 'Alam

    ReplyDelete
  3. SAMAADA KARTIKA IKHLAS ATAU TIDAK ITU HANYA ALLAH S.W.T YANG TAHU..UNTUK APA PUBLISTI YANG KARTIKA MAHUKAN??BELIAU BUKAN ARTIS..BUKAN JUGA AHLI POLITIK..APA YANG HAMBA FAHAM BELIAU MAHUKAN KEAMPUNAN DARI ALLAH DENGAN MENERIMA HUKUMAN SEBAT TERSEBUT...WALLAHUALAM...

    ReplyDelete