WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, December 13, 2009

UM-NO "BAPA YANG ZALIM" !!!

Kerajaan Pusat Berat Sebelah Sekat Peruntukan Selangor

Kerajaan Persekutuan melanggari prinsip federalisma apabila gagal menyalurkan peruntukan sewajarnya kepada Kerajaan Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang mementingkan fahaman politik menyebabkan banyak projek pembangunan di Selangor terbantut.

Ini berikutan Umno-BN mewujudkan pejabat pembangunan negeri Selangor di setiap daerah dan menyalurkan peruntukan terus tanpa mengetahui agenda pembangunan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri kurang berpuas hati terhadap jumlah pemberian Kerajaan Persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober 2009, yang hanya berjumlah 408.26 juta ringgit padahal kerajaan persekutuan memperolehi pendapatan sebanyak 16 bilion ringgit dari kerajaan dan rakyat Selangor”, kata Tan Sri Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Walaupun peruntukan disekat, namun ia tidak menghalang kerajaan negeri untuk meneruskan usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Biarpun Selangor tidak terlepas daripada kesan kegawatan ekonomi global, namun jumlah pelaburan tempatan dan antarabangsa tetap kukuh berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Pada Jun 2008, kerajaan negeri Selangor melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai 50 bilion ringgit ekoran itu sebanyak 6 projek utama dilancarkan yang dijangka dapat merancakkan pembangunan dan ekonomi negeri Selangor di samping menyediakan 150 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor dan Malaysia”, jelasnya lagi. - NIZAM

Sumber : TV Selangor

JEBAT_BERANI : UM-NO/BE-END SEJAK DARI DULU LAGI MENGAMALKAN 'POLITIK PILIH BULU'..MEREKA SERING KALI MENAFIKAN HAK NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT...PERBUATAN MEREKA INI SEVARA TIDAK LANGSUNG MENGAMBARKAN SIKAP INGIN MEMBALAS DENDAM KERANA RAKYAT MENOLAK PEMERINTAHAN MEREKA DAN MEMILIH PAKATAN RAKYAT..

UM-N0/BE-END LUPA BAHAWA NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT BUKAN SAHAJA DIDUDUKI OLEH PENYOKONG PARTI-PARTI PAKATAN RAKYAT,AKAN TETAPI TERDAPAT JUGA PENYOKONG PARTI MEREKA..TINDAKAN UM-NO/BE-END MENAFIKAN PERUNTUKAN UNTUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENGAKIBATKAN RAKYAT YANG MENYOKONG MEREKA SEMASA PILIHAN RAYA LEPAS TURUT TERANIAYA..

TINDAKAN UM-NO/BE-END MENEKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT INI AKHIRNYA AKAN MERUGIKAN MEREKA SENDIRI...LIHAT SAHAJA NEGERI KELANTAN YANG DITEKAN SEJAK TAHUN 1991..PERBUATAN MEREKA INI MENDATANGKAN KEMARAHAN RAKYAT KELANTAN YANG AKHIRNYA MEMUTUSKAN UNTUK TERUS MENYOKONG PAS SEHINGGA SEKARANG..PERKARA YANG SAMA JUGA TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU DI SELANGOR...

3 comments:

  1. Salam sdabahat ku,

    Sesuai dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

    1094 Diriwayatkan daripada Usaid bin Hudhair r.a katanya: Seorang lelaki dari kaum Ansar telah mengadap Rasulullah s.a.w secara bersendirian lalu dia berkata: Kenapa engkau tidak menugaskan aku sebagaimana engkau telah tugaskan Si Polan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga)

    ReplyDelete
  2. YA BENAR SEKALI APA YANG DIKATAKAN WAHAI SAHABATKU...NAMUN APABILA HATI MEREKA TELAH DITUTP DARI MENERIMA SEBARANG ILMU MAKA MEREKA AKAN TERUS DENGAN SIKAP MEREKA DAN KEZALIMAN YANG MEREKA LAKUKAN

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Berita hangat dari kelantan.
    http://suwaritimur.blogspot.com/2009/12/arif-fahmisila-berambus-jika-ini-benar.html

    ReplyDelete