WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, December 12, 2009

JAIS GAGAL HERET DR ASRI KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

Barisan Peguam Yang Mewakili Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dari kiri Kamar Ainiah Kamaruzzaman,Dr Asri, Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Jamal Mohd. Lokman Sulaiman.

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwa berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kes mengajar tanpa tauliah ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Bantahan awal itu dikemukakan melalui peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzzaman dengan alasan pertuduhan yang dikemukakan terhadap Dr Asri bukan satu kesalahan yang terdapat dalam rukun-rukun agama Islam, justeru itu Mahkamah Syariah Selangor tidak boleh membicarakannya kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Prosiding tersebut didengar dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd Adib Hussain.

Beliau menetapkan 6 Januari tahun depan untuk mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung bantahan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Ainiah berkata, pertuduhan terhadap Dr Asri yang dibuat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran adalah bercanggah dengan prinsip Islam.

"Oleh yang demikian, peruntukan itu tidak konsisten dengan hukum syarak serta hendaklah terbatal," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah di sini pada Khamis.

Dalam notis bantahan awalnya, Ainiah turut mendakwa, peruntukan Seksyen 119 (1) itu melampaui kuasa Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 10 (1)(a) yang menjamin hak setiap warga negara mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menyampaikan buah fikiran masing-masing.

Dalam pada itu, Dr Asri tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi semalam.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir menemani tokoh agama itu.

Pada 18 November lepas, Dr Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh JAIS.

Beliau didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam pada 1 November lepas.

Bagi kesalahan tersebut, bekas Mufti Perlis itu didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid, telah mengemukakan permohonan agar kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini dengan alasan segala fakta dalam kes itu melibatkan pemakaian dan tafsiran yang lebih tepat pengaruh besar dikalangan masyarakat di negara ini.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menolak permohonan itu dengan alasan bahawa permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan mungkin menyebabkan berlakunya prejudis kepada tertuduh dan subjudis kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Sumber : mstar

JEBAT_BERANI : HAMBA TAK NAK MENGULAS PANJANG ISU INI..HAMBA HANYA INGIN MELIHAT SEJAUH MANA JAIS INGIN MENGENAKAN PENDAHWAH SEPERTI DR ASRI INI..MUNGKIN BARISAN PEGUAM JAIS MEMPUNYAI BANYAK MASA LAPANG MAKA DARI DUDUK DIAM MEREKA CUBA MENGHERET PENDAHWA AGAMA YANG CUBA MENYAMPAIKAN ILMU ALLAH KE MAHKAMAH DENGAN TUDUHAN TIDAJ MEMPUNYAI TAULIAH...

KALAULAH SEMUA PENGUAT KUASA AGAMA SEPERTI JAIS MAKA ISLAM AKAN TERKUBUR DI BUMI MALAYSIA..BARANGKALI ITULAH KOT YANG DIHAJATI OLEH JAIS..KALAU TIDAK MENGAPA JADI PENGHALANG KEPADA USAHA DAKWAH YANG DILAKUKAN OLEH PENDAHWAH SEPERTI DR ASRI..MALAH RAMAI LAGI PENDAKWAH YANG DIHALANG OLEH JAIS DARI MENYAMPAIKAN ILMU MEREKA DENGAN ALASAN TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH...LANTAK HAMPA LA OIIII....

No comments:

Post a Comment