WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 10, 2009

1MALAYSIA : ADUHAI JAIS.......

Dr Asri bantah Jais bawa kes ke Shah Alam

Dis 10, 09 12:55pm

kemaskini 3.27pm Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin - yang menghadapi tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah - mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Mohd Asri, 38, memfailkan bantahan awal itu hari ini melalui peguamnya Kamar Ainiah Kamaruszaman, dengan alasan antaranya, pertuduhan terhadapnya bukan satu kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, justeru beliau tidak boleh didakwa di mahkamah syariah kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Beliau berkata pertuduhan terhadapnya yang dibuat mengikut Seksyen 119 (1) enakmen pentadbiran itu bercanggah dengan prinsip Islam dan, dengan demikian, peruntukan itu tidak konsisten dengan hukum syarak serta hendaklah terbatal.

Dalam notis bantahan awalnya, Mohd Asri juga mendakwa peruntukan Seksyen 119 (1) itu melampaui kuasa Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 10 (1)(a) yang menjamin setiap warga negara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Adib Husain, menetapkan 6 Jan tahun depan untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung bantahan awal itu.

Pada 18 Nov lepas, Mohd Asri (foto, kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov lepas.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diketuai ketua pendakwa syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid mengemukakan permohonan agar kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan alasan segala fakta dalam kes itu melibatkan pemakaian dan tafsiran yang lebih tepat dan berpengalaman mengikut undang-undang, selain mendapat liputan media massa, dan juga tertuduh mempunyai pengaruh besar dalam kalangan masyarakat luar.

Hakim syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menolak permohonan itu dengan alasan bahawa permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan lebih tepat serta mungkin menyebabkan berlaku prejudis kepada tertuduh dan subjudis kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sumber : BERNAMA

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA JAIS BENAR-BENAR HENDAK MENGENAKAN DR ASRI..HERAN SUNGGUH HAMBA SENGAN SIKAP JAIS INI..BERDENDAM BENAR JAIS DENGA DR ASRI..

TINDAKAN JAIS INI BUKAN SAHAJA MEMUSIHI DR ASRI,TETAPI JUGA SEOLAH-OLAH MEMUSUHI ISLAM ITU SENDIRI.JAIS BUKAN SAHAJA MEMUSUHI DR ASRI TETAPI NAMPAKNYA LAIN-LAIN PENDAKWAH JUGA..TERBARU USTAZ AKHIL HAVY TURUT DIMUSUHI OLEH JAIS..

SEDARLAH WAHAI JAIS....TUGAS MU MENYEBARKAN SYIAR ISLAM BUKAN MEMJADI PENHALANG..JANGAN SAMPAI DIAKHIRAT NANTI KAMU AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN UMAT MANUSIA YANG JAHIL AKAN AGAMA...

No comments:

Post a Comment