Mahfuz jawab Nik Aziz isu menantu
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau tidak tersinggung dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan tindakannya mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai hanya memberi peluang kepada Umno "berpesta".
Beliau juga tetap dengan pendirian mahu ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz, melepaskan jawatannya dengan segera.
"Saya kira tak sulit untuk melepaskan jawatan ini, kalau kita rujuk Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan bagaimana kita nak menamatkan kontrak dan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz menyifatkan tindakan Mahfuz meminta Abdul Ariffahmi melepaskan jawatannya dengan segera - bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan - sebagai satu kesilapan dan hanya memberi peluang kepada Umno untuk "berpesta" mengkritik PAS.
Sumber : BERNAMA
JEBAT-BERANI : HAMBA MEMAHAMI AKAN NIAT BAIK MAHFUZ APABILA BELIAU MENCADANGAKAN AGAR ARIFAHHMI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN..NAMUN BELIAU JUGA HARUS FAHAM,TINDAKAN BELIAU TERUS MENDESAK ARIFFAHMI MELATAK JAWATAN HANYA AKAN MEMBURUKAN KEADAAN DISAMPING MEMBERI KREDIT KEPADA UM-NO/BE-END..
KITA SEMUA HARUS MELETAKKAN KEYAKINAN KEPADA KEBIJAKSANAAN TOK GURU NIK AZIZ DALAM MENYELESAIKAN ISU PBNK INI..KITA JUGA HARUS FAHAM BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ MEMERLUKAN SEDIKIT MASA BAGI MENDAPATKAN PENGANTI KEPADA ARIFFAHMI..PENGANTI INI HARUS DIPERHALUSI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA AGAR TIDAK BERULANG LAGI ISU SEUMPAMA ARIFFAHMI..
OLEH ITU KITA SEBAGAI PENGIKUT HARUSLAH MELETAKAN KEPERCAYAAN KEPADA PIMPINAN DALAM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN TANPA TERIKUT-IKUT DENGAN RENTAK YANG 'DITARIKAN' OLEH PIHAK LAWAN...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment