Lepas jawatan untuk jaga nama baik parti
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 22 Dis: Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.
Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.
Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.
Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.
Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.
“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.
“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.
Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu melalui wali hakim.
Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.
“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.
Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.
“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.
Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.
“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.
Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.
Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
“Jika gagal berbuat demikian, saya akan memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka dengan segera kerana telah memfitnah saya,”ujarnya.
Tambah Rosli lagi, biarpun beliau melepaskan kesemua jawatannya, beliau masih kekal sebagai ahli parti PAS.
Bagaimanapun berhubung masa depan nya dalam bidang politik, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan dan ahli parti untuk menentukannya kelak.
Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan semua ahli parti jika masaalah peribadinya telah sedikit mencalarkan imej atau mendatangkan masaalah kepada PAS
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : SATU TINDAKAN YANG BERANI DAN BERINTEGRITI...WALAUPUN MENYEDARI TINDAKANNYA UNTUK KAWIN LAGI SATU BUKANLAH SATU KESALAHAN,NAMUN BELIAU SEDAR IANYA BOLEH MENJEJASKAN IMEJ PARTI JIKA BELIAU MASIH MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI...
TANPA DIDESAK OLEH SESIAPA BELIAU MEMBUAT SATU KEPUTUSAN DENGAN MELETAKAN KEPENTINGAN PARTI SEBAGAI KEUTAMAAN..SATU CONTOH KEPADA MEREKA YANG MENGAKU BAHAWA PERJUANGAN MENEGAKAN SYIAR ISLAM SEBAGAI MATLAMAT HIDUP MEREKA..
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DAN KEMENANGAN KEPADA DR ROSLI...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment