WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 10, 2009

'INDIA SUKA KECOH" :UTUSAN MELOYA MEMANG MELOYAKAN

Abdul Rahim Sabri
Dis 10, 09
11:55am

kemaskini 2.52pm Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Seorang aktivis Angkatan Muda PKR cabang Batu, V Ravindran, turut membuat aduan berhubung isu tersebut di balai berkenaan bersama Padmanathan dan empat lagi rakannya kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Ahli parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran (di tengah-tengah) juga hadir memberikan sokongan.

Beliau tiba di balai itu di situ 15 minit selepas enam lelaki itu masuk ke balai dan menunggu sehingga selesai aduan dibuat, kira-kira sejam jam 12.15 pagi.
Dalam aduannya, Padmanathan (tiga dari kiri) mendakwa artikel itu "mengandungi unsur-unsur cemuhan terhadap masyarakat India dan memburuk-burukkan sikap mereka".

"Akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India.

"Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India," laporan polis itu dipetik.

Ravindran (dua dari kanan), dalam aduannya pula, mendakwa "artikel tersebut mengandungi komen-komen yang berbau perkauman serta memburuk-burukkan kaum India di negara ini" dan bercanggahan dengan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh perdana menteri.

Dalam sidang media selepas itu, Padmantahan mendesak Zaini memohon maaf kepada masyarakat India.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : KATA KERAJAAN MALASIA DI BAWAH KEPIMPINAN PE-END '1MALAYSIA' MEMENTINGKAN PERPADUAN KAUM...TAPI APA YANG DITIMBULKANOLEH PENULIS UTUSAN MELOYA INI TIDAK MENCERMINKAN KEHENDAK PE-END '1MALAYSIA'..UM-NO/BE-END PERLU BERTINDAK KE ATAS AKHBAR UTUSAN MELOYA INI MELALUI KEMENTERIAN DALAM NEGERI..JANGAN TAHU NAK AMBEK TINDAKAN PADA AKHBAR PAKATAN RAKYAT SAHAJA..

1 comment:

  1. mmang jelas dan nyata..umno pasti tidak mahu org melayu jauh dari umno maka taktik serampang dua mata telah dilakukan olh umno..satu malaysia dilaungkan di seantero alam ini untuk mnrik kaum bukan melayu tp untuk org melayu disogokkan dakyah racist dlm bacaan yg byk mnjadi rujukan org melayu yakni utusan meloya..dgn btn nyer ..tanpa perkauman umno akan hancorr..sikap bermuka2 umno mmg mnjadi tabiat bg parti tersebut..racist itulah darah daging umno..melayu sepatutnya kembali pada ajaran islam yang syumul br bangsa kita lebih bermaruah dan dihormati..

    ReplyDelete