Gerakan kecewa, tuntut penjelasan Umno batal hukuman Ahmad
Oleh G Manimaran
PETALING JAYA, Dis 10 — Gerakan Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Umno membatalkan hukuman penggantungan ke atas Datuk Ahmad Ismail yang turut dilucutkan hak-hak beliau dalam parti selama tiga tahun tahun lalu ekoran kenyataannya menyinggung perasaan kaum Cina.
“Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan membatalkan hukuman penggantungan terhadap Ahmad Ismail oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno,” kata Gerakan Pulau Pinang dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pun begitu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen petang tadi enggan mengulas isu itu melainkan hanya berkata, “Adakah isu ini sesuatu yang signifikan?”
Gerakan Pulau Pinang menambah, keputusan MT Umno yang dicapai Jumaat lalu juga kelihatan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.
Kata Gerakan, meskipun ia merupakan urusan dalaman Umno, parti itu perlu memberi penjelasan kepada orang ramai memandangkan isu berkenaan meningkatkan keprihatinan banyak pihak.
“Kami akan terus memainkan peranan kami di bawah mekanisme semasa demi kebaikan orang ramai,” katanya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi, Ahmad memberitahu beliau tidak akan memohon maaf selagi Gerakan enggan berbuat demikian.
“Gerakan yang perlu memohon maaf kepada saya. Bukan saya memohon maaf kepada mereka,” kata Ahmad.
Ahmad memberitahu Gerakan yang pada awalnya mengeluarkan kenyataan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) mahu memutuskan hubungan dan tidak memerlukan kerjasama Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bukit Bendera.
“Kalau mereka tidak mahu kerjasama saya (sebagaimana dikatakan dulu), saya berharap mereka akan memohon maaf kepada saya jika mereka masih mahukan kerjasama Umno Bukit Bendera,” katanya.
Semalam DAP mencabar MCA dan Gerakan keluar dari BN berikutan pembatalan penggantungan terhadap Ahmad.
Pada Sept 9 2008, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Gerakan Pulau Pinang telah memutuskan sedemikian ekoran sidang akhbar Ahmad sehari sebelum itu di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar Koh yang ketika itu merupakan pemangku presiden parti itu.
Koh yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, telah membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat.”
Menurut Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN
Pada satu ceramah Ogos 23 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.
Malaysian Insider
JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA PENGAMPUNAN YANG DIBERIKAN UM-NO KEPADA AHMAD MENGUNDANG KEMARAHAN RAKAN KOMPONENNYA...GERAKAN YANG SEBELUM INI MENDESAK AHMAD DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB YANG KERAS MULA MEMPERSOALKAN TINDAKAN UM-NO MEMBATALKAN HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN KEPADA AHMAD..
NAMPAKNYA UM-NO DAN RAKAN KOMPONEN BE-END BAKAL BERGOLAK..KOMPONEN B-END SEJAK AKHIR-AKHIR INI SEOLAH-OLAH DILANDA THUSUNAMI ATAU OMBAKK YANG BERGELORA..DARI MIC,MCA,PPP DAN TERMASUKLAH UM-NO SENDIRI DAN KINI MUNGKIN PULA AKAN MELIBATKAN PERSENGKETAAN ANTARA PARTI KOMPONEN BE-END PULA..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment