WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, December 11, 2009

1MALAYSIA : HAKIM PUN NAK MENIPU KE??

Laporan polis dakwa hakim beri keterangan palsu

Satu laporan polis dibuat terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram, mendakwa beliau telah memberi keterangan palsu dalam satu kes saman sivil awal tahun ini.

Laporan polis itu dibuat oleh bekas rakan kongsi firma guamannya - peguam kanan C Vijaya Kumar - di ibupejabat polis Kuala Lumpur Isnin lalu.

Difahamkan satu lagi aduan turut dibuat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengenai perkara tersebut.

Ini merupakan kali pertama laporan polis dibuat terhadap seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam laporan itu - di mana salinannya diperolehi Malaysiakini - peguam tersebut mendakwa Gopal (kanan) berbohong dalam keterangan di bawah sumpah apabila mendakwa dia membayar cukai bagi sejumlah RM700,000 yang diterimanya dari bekas firma guamannya, Sri Ram & Co.

Firma guaman itu membuat bayaran tersebut melalui akaunnya di Bank Tokyo pada 16 julai 1996. Bayaran itu adalah sebahagian daripada syarat yang dipersetujui sebagai insentif kepada Gopal untuk melepaskan kepentingannya dalam firma berkenaan.

Bagaimanapun, Vijaya mendakwa, butiran yang terkandung dalam penyata cukai dan notis penilaian bagi tahun berkenaan, tidak menyebut tentang pendapatan tersebut.

Oleh itu, beliau mendakwa hakim kanan tersebut telah melakukan pemalsuan, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan didenda.

Atas sebab-sebab yang sama, kata Vijaya dalam laporan polisnya itu, Gopal juga telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.

Gopal yang dinaikkan pangkat dari Mahkamah Rayuan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan awal tahun ini, dijadual bersara tahun depan.

Baca selanjutnya di : malaysiakini

JEBAT_BERANI : NIE SATU LAGI BAHANA DI ERA PEMERINTAHAN P-END NAJIB ALTANTUYA DAN KERAJAAN '1MALAYSIA'..HAKIM YANG TAHU UNDANG-UNDANG DAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG NEGARA MEMJADI SALAH SEORANG YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG PULA..MACAM MANALAH MALAYSIA NAK AMAN DAN MACAM MANA KITA NAK DAPATKAN KEADILAN DARI MAHKAMAH JIKA INILAH SIKAP SEORANG PEGUAM...NASIBLAH KITA RAKYAT MALAYSIA...SAPA SURUH PI PILIH KERAJAAN '1MALAYSIA' YANG MEMERINTAH..LU PIKIR LA SENDIRI!!!

No comments:

Post a Comment