Laporan berbau hasutan, Utusan berdepan saman
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia di atas laporannya yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.
Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak dalam satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, mana-mana pihak tidak harus membazir masa memainkan isu untuk meniupkan api perkauman, sebaliknya harus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.
"Saya akan berbincang dengan panel peguam saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak (Utusan Malaysia) yang membuat laporan yang tidak bertanggungjawab,"
Kor Ming turut kesal dengan dakwaan yang dibuat beberapa pihak terhadapnya tanpa merujuk dan meneliti kenyataannya terlebih dahulu.
"Saya sangat kesal dengan kenyataan beberapa pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Syed Abdul Aziz dan beberapa NGO lain telah membuat dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks ucapan," katanya.
Kor Ming juga akan membuat laporan polis pada masa terdekat ini berhubung laporan itu.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Kor Ming di Dewan Rakyat kelmarin mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.
Kenyataan Kor Ming itu turut dikecam Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkannya sebagai biadab.
Sebaliknya Kor Ming menegaskan, beliau langsung tidak mempertikaikan peruntukan untuk masjid sebaliknya mengalu-alukan perkara itu.
Namun beliau turut mahukan kerajaan menitik beratkan mengenai pembinaan rumah ibadat agama lain bagi memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama.
Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat menyifatkan laporan media arus perdana kini semakin melampau dengan kenyataan-kenyataan yang sengaja membangkitkan kemarahan rakyat bukan Islam.
"Saya lihat keadaan pemberitaan media sekarang ini semakin melampau. Hari ini kita baca laporan yang boleh membangkitkan kemarahan kaum India,”
"Saya setuju dengan kebebasan pemberitaan tapi cara yang ttidak mengikut etika adalah tidak betul. Sedangkan Kor Ming tidak pernah memertikai RM700 juta yang diperuntukkan untuk pembinaann masjid," tegasnya.
Beliau juga berkata, PAS akan mempertahankan tindakan rakan-akan daripada DAP atau PKR sekiranya perkara yang dilakukan itu tidak bertujuan mewujudkan kebencian kaum.
“Kami di sini daripada PAS yang akan mempertahankan kenyataan Nga Kor ming walaupun kita dilihat seolah-olah menjual bangsa dan agama kita kerana perkara itu tidak berlaku sama sekali,” tegasnya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam pula berkata, laporan itu membuktikan Umno BN semakin terdesak dengan cuba mengapi-apikan orang Islam dengan orang bukan Islam.
“Tindakan Umno BN melalui media milik mereka ini membuktikan mereka dalam keadaan terdesak,”
“Mereka sentiasa nak tunjukkan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam. Ini satu tindakan yang sangat bahaya,” katanya.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR turut menyokong cadangan Kor Ming yang mahukan pembinaan rumah ibadat lain turut diberi perhatian bagi memastikan pembangunan moral rakyat bukan Islam terus terjamin.
“Kerajaan juga harus melihat kemudahan untuk rakyat agama lain supaya anak-anak mereka ada tempat untuk beribadat. Ini juga dapat memerangi masalah soasial yang berlaku ketika ni,” katanya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT-BERANI : UTUSAN MELOYA TAK HABIS-HABIS MEMUTAR BELITKAN KENYATAAN ORANG...NAK SANGAT MENJADI PENGAMPU UM-NO/BE-END..UTUSAN MELOYA NIE DAH MACAM AKHBAR RASMI BE-END LA PLAK...KENYATAAN NGA KOR MING YANG DIPUTAR BELITKAN BOLEH MENYEBABKAN HURU-HARA..KDN TAKKAN NAK PELUT TUBUH SAHAJA??AKBAR UTUSAN MELOYA INI PATUT DIAMBIL TINDAKAN KERANA MENGHASUT...JANGAN HANYA BERANI MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT SAHAJA..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
Utusan meloya ini cuba mengimplotasi ucapan YB Nga Kor Meng bagi meraih simpati dari rakyat untuk menghidupkan kemarahan orang melayu. Dulu mereka memutar belitkan ucapan Nga ketika membaca ayat Alquran. Sebaliknya Tok Guru mempertahankan bacaan tersebut. Tidak terdapat sebarang dalil mengatakan orang bukan islam di larang membaca alquran
ReplyDeleteJika mereka mempelajari sirah terdapat surat yang di tulis oleh Rasullallah s.a.w kepada Raja-raja Parsi termasuk Hercules Raja Room menggunakan lafaz Alquran di tahun hijrah ke enam.
Kini berulang kembali cuba memutarkan ucapan YB Nga terhadap isu peruntukan Masjid. Mereka berpendapat isu tersebut boleh meraih simpati orang melayu. Isu ini di gembar gemburkan oleh YB Katak Ibrahim Ali
Bagi rakyat yang faham siapa yang sebenarnya menimbulkan isu perkauman rakyat yang tak faham akan bertambah ngok nya bersama-sama UMNOngok.
salam, UTUSAN MeLOYa ni patut diharamkan kerana lidah bercabang UMNO utk sebar fitnah dan mengapi2kan isu perkauman.
ReplyDeleteSecara logiknya, terdapat byk masjid di Malaysia dibina dgn peruntukan yang besar ttpi pengisian ilmu yang cetek dan masjid tak berfungsi, apa guna semua tu? cth plg mudah MAsjid kRISTAL.
yang peliknya, kenapa orang yang berjawatan Agama boleh termakan umpan fitnah dan diperbodohkan oleh kitab harama UMNO ni...? lihat lah dgn mata hati bukan mata kepala.
SIKAP SESETENGAH PIHAK YANG SENTIASA BERBURUK SANGKA TERHADAP KAUM LAIN DI MALAYSIA DILIHAT MEMJADI PUNCA KEPADA SITUASI INI..
ReplyDeleteAPAKAH PENGANUT AGAMA LAIN TIDAK BERHAK MENUNTUT HAK MEREKA MEMDAPATKAN RUMAH IBADAT??APAKAH ISLAM MELARANG KITA MEMBERIKAN PERUNTUKKANN BAGI MEMBINA RUMAH IBADAT MEREKA??DAN APAKAH ISLAM AKAN TERHINA JIKA RUMAH IBADAT INI DIBINA??
NGA KOR MING BUKAN MEMPERSOALKAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBINA MASJID..APA YANG DIPERSOALKAN NGA ADALAH PERUNTUKAN YANG DIBERIKAN KEPADA RUMAH2 IBADAT BAGI PENGANUT BUKAN ISLAM YANG PADA PANDANGANNYA SANGAT KURANG JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MASJID BAGI ORANG ISLAM..
NGA BERMAKSUD BAHAWA KERAJAAN PERLU MENGKAJI DAN MENYEDIAKAN PERUNTUKKAN YANG SEADILNYA BAGI BUKAN PENGANUT ISLAM SESUAI DENGAN PRINSIP '1MALAYSIA' YANG UM-N0/BE-END LAUNGKAN...
JANGAN KITA JUGA TERPENGARUH DENGAN PEMIKIRAN SEMPIT UM-NO/BE-END YANG SANGAT-SANGAT TIDAK BERTAMADUN DAN JUGA TIDAK RELEVAN DALAM HIDUP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA