KLANG: Bekas Pengurus Besar lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM254 juta berhubung skandal pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.
Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Phang dibebaskan dengan ikat jamin RM350,000. Mahkamah juga memberikan kebenaran agar paspotnya hanya disita mulai 12 Januari sekembalinya dari Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok dan Bernard Tan dari BTA Arkitek dicaj atas dua pertuduhan menipu.
Bagaimanapun Tan turut didakwa dengan 24 lagi pertuduhan menipu melibatkan sejumlah RM120 juta.
Stephen Abok dan Tan masing-masing mengaku tidak bersalah dan turut meminta supaya dibicarakan. Abok dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin manakala Tan pula dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM250,000.
Mahkamah menetapkan 4 Febuari depan sebagai tarikh perbicaraan.
Ketiga-tiga tertuduh telah ditahan oleh polis dari Jabatan Jenayah Perdagangan di kediaman masing-masing setelah berbulan menjalankan siasatan ke atas skandal PKFZ itu.
Polis bertindak menyiasat kes itu ekoran laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng Ogos lalu bahawa terdapat penyalahgunaan kuasa dan kewangan berjumlah sehingga RM1.6 bilion.
Sebelum itu, iaitu seawal Jun tahun ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah membentuk sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh pengerusi LPK untuk menyiasat skandal PKFZ ini dengan dibantu oleh rakan kongsi utama firma guaman terkenal Skrine iaitu Lim Chee Wee dan juga Pengarah Urusan syarikat audit PricewaterhouseCooper, Chin Kwai Fatt dan Lim San Peen.
Mereka akhirnya menemui pelbagai bukti kemungkinan berlakunya salah guna kuasa, termasuk mengenakan caj yang berlebihan ke atas pihak yang menganugerahkan kontrak dan lain-lain caj yang tidak sepatutnya sehingga berjumlah RM1.6 bilion.
Kuala Dimensi adalah kontraktor utama yang dilantik untuk membina dan membangunkan PKFZ.
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment