WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, December 27, 2009

1MALAYSIA HALALKAN BERSALAMAN DENGAN BUKAN MUHRIM

Ahmadinejad tiada mahu bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim.. bakan macam pemimpin atau isteri pemimpin-pemimpin lain.

Oleh: albangi
"Ramai orang Muslim menjadi serba salah apabila bukan Muslim dari jantina berbeza menghulur tangan untuk bersalam. Mengapa mereka menjadi serba salah?

Salah Muslim atau salah bukan Muslim? Apakah boleh Muslim lelaki bersalam dengan Muslim perempuan yang sah nikah (boleh berkahwin)?


Bukan Muslim tidak tahu bahawa mereka tidak boleh bersalam dengan orang Muslim yang berbeza jantina. Begitu juga orang Muslim sesama Muslim yang sah nikah (bukan muhrim) juga tidak boleh bersalaman atau bersentuhan. Bagi orang Muslim, mereka faham bahawa haram bersentuhan lelaki perempuan yang sah nikah.

Bagi bukan Muslim, mereka tidak tahu. Apabila orang bukan Muslim tidak faham, maka menjadi tanggungjawab kita orang Muslim memaklumkan kepada bukan Muslim mengenai hal ini.

Pemimpin negara dan negeri boleh mendidik masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama mengenai isu bersalaman ini. Tetapi selama BN-UMO memerintah Malaysia, mereka tidak mendidik masyarakat mengenai hal ini; malah mereka secara terang-terangan bersalaman dengan orang Muslim dan bukan Muslim walaupun berlainan jantina.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah, PAS-PKR-DAP boleh memahami hal ini dan mendidik masyarakat mengenai isu bersalam ini. Pimpinan PAS boleh menunjukkan contoh tidak bersalam dengan jantina berbeza apabila bertemu pimpinan PKR adn DAP serta tidak bersalaman dengan bukan muhrim daripada kalangan rakyat.

Banyak cara kita boleh menghormati orang lain dari pelbagai kaum dan pelbagai agama dan buka mesti bersalam.

Orang Jepun tidak bersalam, tetapi menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat bagi menggantikan bersalam.

Begitu orang China di negara China, hanya tunduk kepala sedikit atau satukan tangan kiri dan kanan, dimana tangan kanan dikepalkan dan diletakkan di bawah tapak tangan kiri, dan ditunjukkan kepada rakan yang ditemui sebagai tanda hormat tanpa bersalam.

Orang India tidak bersalam apabila bertemu tetapi merapatkan kedua telapak tangan dan membawa kepada dadanya serta diikuti dengan tunduk sedikit sambil berkata “salam” (greeting) dalam bahasa mereka.

Orang Peranchis akan bersalam antara lelaki dengan lelaki tetapi bersentuh pipi antara lelaki dan perempuan dengan sedikit pelukan sambil berkata “salam” (greeting) dalam bahasa mereka.

Justeru di Malaysia, orang Muslim boleh mengelak dari bersalaman dengan lelaki dan perempuan bukan muhrim, dengan cara menggerakkan tangan kanan, dibawa ke bahu kiri atau bawa tapak tangan kanan ke dada, untuk menunjukkan tanda hormat dan menggantikan bersalaman dengan bukan muhrim. Salahkah tidak bersalam dengan orang yang sah nikah? Berdosakan pada sisi Tuhan kalau tidak bersalaman dengan orang yang sah nikah? Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita boleh beritahu pada bukan Muslim mengenai hal salam ini dan menunjukkan cara lain (gesture) menghormati seseorang tanpa bersalaman, maka kita percaya, perasaan serba salah ini akan hilang; kita akan rasa aman di dunia dan di akhirat, insya’Allah.

Sumber : Tranungkite Online

JEBAT_BERANI : RUGI WOO PEMIMPIN UM-NO/BE-END NAK TOLAK AMOI-AMOI DAN PUTERI UM-NO HULUR TANGAN NAK SALAM...DOSA TAKPE DEPA NANTI MINTAK TOLONG AYAH PIN 'AMPUMKAN..KUI,KUI,KUI

4 comments:

  1. Salam sahabat,

    Dah lama ana tak komen, ini baru kesempatan.

    1. Inilah akibatnya bila sistem Dato sri Abu Jahal dimutabatkan sebagai undang-undang negara,maka semua perlaksaan hukum mengikut sistem Yahudi nasora.

    2. Selagi hukum allah tak di tegakkan selagi itu perkara-perkara dilarang Islam tak dapat dilaksanakan. Tugas kita ialah untuk menegakan hukum allah, di muka bumi ini, sebelum kita menemui Allah nanti. Teruskan Perjuangan di Islam bukan Bangsa> Tadbir

    ReplyDelete
  2. salam akhi jebaat,

    artikel yang sangat memberi pengajaran kpd semua pemimpin2 di Malaysia sbg tauladan.

    ReplyDelete
  3. kerana itu kita menentang um-no/be-end..kita tidak menentang mereka kerana nama mereka um-no/be-end,tidak kerana juga kerana mereka ahli um-no/be-end tetapi kerana mereka mengkhianati amanah rakyat dan menginkari perintah allah...bersama kita berjuang demi islam,bangsa dan negara...p/s: mungkin takde entry buat sementara waktu...nak hantar laptop pi repair...maybe seminggu lebih baru ok..

    ReplyDelete
  4. Sheikh,
    Ana nak kongsi pengalaman sikit. Suatu masa dulu masa ana kerja dengan MAS, perbuatan lelaki wanita bukan muhrim berjabat tangan ni adalah satu perkara biasa. Masa mula-mula join nak buat macam mana...kita orang baru(junior) ikut saja la. Tapi bila dah naik pangkat jadi Leading ( jadi Bos dalam kapal 737-Domestic...ALLAH bagi power sikit..jangan kita salah guna tapi kita guna bagai dituntut ALLAH..) So ana stop perbuatan salam-salam dengan bukan muhrim ni. Bila naik pangkat lagi, maknanya bertugas balik di penerbangan antarabangsa(kapal besar), kita jadi bs kecil la balik. Ada Chief Stewardess yang pangkat lebih tinggi...Memandangkan ana dah praktikan tidak bersalam tu ( dan yang kita lakukan sebijik macam yang anta cadangkan tu...)bila nak naik tu ana teruskan saja...Masalahnya (dan juga memeningkan kepala!!)bila ana lakukan begitu kepada wanita-wanita non-muslims...mereka boleh faham dan hormat sikap kita...tetapi bila kena dengan Chief Stewardess-Chief Stewardess 'Islam', mereka ini akan melenting dan mengatakan kita tak hormatkan mereka!!!

    ReplyDelete