WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 22, 2009

ROS LAMBATKAN PENDAFTARAN PAKATAN RAKYAT??

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

Penjelasan ini diberikan oleh beliau kepada Harakahdaily ekoran kekeliruan yang dibuat oleh media berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini.

Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar berkata, beliau telah diminta menjelaskan perkara ini oleh presiden PAS itu.

"Saya telah dihubungi oleh Tuan Guru Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) pada hari ini dan telah dimaklumkan oleh Tuan Guru bahawa apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau adalah:

"bahawa penubuhan Parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Ustaz Hadi ketika bercakap kepada media selepas Konvensyen Blogger PAS dilaporkan berkata, tidak perlu terburu-buru untuk mendaftarkan Pakatann Rakyat.

Ekoran itu, sebuah akhbar Cina melaporkan kononnya PAS tidak berminat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Dengan penjelasan ini bermakna, Ustaz Hadi bermaksud, Pakatan masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia terletak di tangan ROS.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pendaftaran Pakatan Rakyat mengambil masa sedikit kerana ia hak ROS

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : BANYAK SUNGGUH DUGA BILA MEMJADI PENENTANG KERAJAAN YANG MEMERINTAH...TERUTAMA DI MALAYSIA...PELBAGAI AGENSI KERAJAAN MAHU PUN BADAN-BADAN NGO DILIHAT GAGAL MELAYANI PAKATAN RAKYAT DENGAN ADIL SEBAGAIMANA LAYANAN YANG DIBERIKAN KEPADA PARTI BE-END..

NAMUN INI SEMUA TIDAK MELEMAHKAN SEMANGAT PAKATAN RAKYAT UNTUK TERUS BERJUANG..DUGA SEBEGINI HANYA AKAN MENAMBAHKAN AZAM UNTUK PAKATAN RAKYAT BERJUANG SEHINGGA MEMCAPAI KEMENANGAN...HAMBA BERHARAP AGAR PENDAFTARAN PAKATAN RAKYAT INI DAPAT DISEGERAKAN AGAR MATLAMAT PERJUANGAN DAPAT DISATUKAN...

No comments:

Post a Comment