WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 23, 2009

UMNO V/S GERAKAN

Permukiman Umno PP putus minta pengerusi BN

Abdul Rahim Sabri

Desakan meminta jawatan pengerusi BN Pulau Pinang diputuskan sebulat suara dalam sesi permukiman Umno negeri itu yang diadakan di Janda Baik, Pahang sebulan yang lalu.

Menurut seorang pemimpin kanan Umno negeri itu, sesi pemukiman tersebut dihadiri oleh 299 pemimpin dari kesemua 13 bahagian, termasuk tiga sayap parti itu.

Oleh itu, katanya, kenyataan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang mahukan Gerakan menyerahkan jawatan tersebut kepada Umno adalah keptuusan sebulat suara umno negeri itu.

Dalam kenyataan tersebut, Ahmad berkata permintaan itu munasabah kerana wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno sejak 35 tahun lalu dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun dilaporkan Dr Koh enggan melepaskan jawatan tersebut kerana ia adalah jawatan itu disandang oleh Gerakan sejak lebih tiga dekad lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Umno memenangi 13 kerusi termasuk dua kerusi parlimen di Pulau Pinang. Negeri itu mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen.

Manakala semua komponen BN - Gerakan, MIC dan MCA - tewas semua kerusi yang mereka tandingi. Pulau Pinang kini ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, sumber Umno itu berkata keputusan agar jawatan tersebut diserahkan kepada Umno adalah salah satu daripada usul yang diputuskan dalam permukiman tersebut.

Sumber itu mendakwa, selepas BN tumpas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, Dr Koh yang juga pengerusi BN negeri tidak mengadakan mesyuarat dan mengatur gerak kerja bagi merampas Pulau Pinang.

"BN perlu menggerakkan jentera bagi merampas balik Pulau Pinang. Kalau (Dr Koh) tak mampu, lepaskan jawatan dan beri kepada orang lain, terutama kepada Umno," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, semua pemimpin Umno di Pulau Pinang akur dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak membangkitkan lagi isu tersebut

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : BAIK UM-NO ATAU GERAKAN,2-2 TAK LAYAK NAK JADI PENGERUSI BE-END DI PULAU PINANG..YANG SATU TAK SEDAR RAKYAT DAH SEMAKIN MARAH DENGAN PARTINYA DAN YANG SATU LAGI TAK SEDAR PARTINYA DAH DIKUBURKANDI PULAU PINANG...HABIS SAPA YANG LAYAK??YANG LAYAK PARTI TAPPERWARE GAMAKNYA KALI...KUI,KUI,KUI

No comments:

Post a Comment