Kecurian Enjin F-5E memalukan negara- Nik Aziz
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini.
Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya hari ini.
Menurutnya, injin berkenaan tidak akan dicuri sekiranya tidak mengamalkan rasuah atau melindungi kes berkenaan dari pengetahuan umum untuk tujuan tertentu.
“Senyap ni sebenarnya satu kecelakaan pada rakyat dan kerajaan, kenapa selepas dua tahun perkara itu berlaku yangmana Menteri Pertahanan sewaktu itu dipegang oleh orang lain, baru sekarang terdedah,”ujarnya.
“Betullah kata Tun Mahathir Umno ni perasuah, bahkan ianya sudah buruk sampai ke usus serta tidak boleh dibaiki lagi, macamana sebuah perkara yang begitu sensitif, injin kapal terbang TUDM boleh dicuri,”ujarnya.
Katanya, rayat sebenarnya harus mengakui Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara kerana telah terpalit pelbagai masaalah individu, parti, rasuah, korupsi dan seumpamanya.
“Sudah sampai masanya rakyat menghukum pemimpin BN sekarang dengan menolak parti mereka pada pilihan raya umum akan datang.
“Kalau kudis kita naik ke kaki kita boleh berubat, tetapi naik sampai naik ke kaki tak boleh nak ubati lagi macam Umno yang semakin parah, sudah tidak ada gunanya lagi,”ujarnya
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E BENAR-BENAR MEMALUKAN DAN MENGECEWAKAN RAKYAT MALAYSIA..BENTENG UTAMA NEGARA BEGITU MUDAH DITEMBUSI OLEH PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA..KEJADIAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBUKTIKAN KEGAGALAN BE-END MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA..
PERKARA SEUMPAMA INI TIDAK BOLEH DIMAAFKAN LAGI...RAKYAT HARUS MENGHUKUM PEMIMPIN BE-END DENGAN MENOLAK MEREKA PADA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG..JIKA MEREKA TERUS BERKUASA KITA TIDAK TAHU APA LAGI HARTA NEGARA YANG AKAN TERGADAI...
SEGALA YANG TERJADI BERPUNCA DARI SIKAP AMALAM RASUAH YANG BERLAKU DALAM BE-END..MEREKA MELETAKAN KEPENTINGAN PRIBADI LEBIH UTAMA DARI MENJAGA KESELAMATAN NEGARA..SIKAP BEGINI AMAT BERBAHAYA BUAT NEGARA DAN SEHARUSNYA RAKYAT MENUKAR KEPIMPINAN KERAJAAN '1MALAYSIA' INI..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment