WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 21, 2009

BILA ISLAM MEMERINTAH PENIAGA KENA KOMPAUN RM500 KERANA GAGAL TUTUP AURAT




(Anggota penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.)



KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

(Pandangan dari para peniaga)

Sumber : KOSMO!

JEBAT_BERANI : SATU LANGKAH KERAJAAN NEGERI YANG SANGAT TERPUJI DEMI MEMARTABATKAN KEDAULATAN ISLAM...IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG MENAIKAN IMEJ KERAJAAN NEGERI KELANTAN YANG TERKENAL DENGAN NAMA NEGERI 'SERAMBI MEKKAH'..

PERKARA SEUMPAMA INI SEHARUSNYA MENJADI IKUTAN KEPADA NEGERI LAIN JIKA BENAR MEREKA INGIN MEMARTABATKAN ISLAM..TIDAK TIMBUL SOAL IANYA ADALAH HAK MASING-MASING UNTUK MEMAKAI TUDUNG KERANA PERKARA SEUMPAMA INI SEMEMANGNYA MEMJADI TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH UNTUK MELAKSANAKANNYA..

JIKA PEMERINTAH BERUPAYA MENGGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENGUNAAN TOPI KELEDAR MENGAPA TIDAK TUDUNG KERANA IANYA ADALAH PERKARA YANG DIWAJIPKAN OLEH AGAMA ISLAM BERBANDING DENGAN PENGGUNAAN TOPI KELEDAR...

ATAU MUNGKIN PEMERINTAH TIDAK BERANI MELAKSANAKANNYA KERANA JIKA DILAKSANAKAN PERCAYALAH SUDAH TENTU RAMAI ISTERI-ISTERI PEMIMPIN NEGARA YANG AKAN DIDAKWA..PALING MUDAH UNTUK KITA LIHAT ADALAH ISTERI P-END NAJIB KITA SENDIRI..

JADI RUMUSANNYA BOLEHKAH ORANG ATAU PEMERINTAH SEPERTI INI KITA PERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENDAULATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA??!!BOLEHKAH SYIAR ISLAM DILAKSANAKAN OLEH PEMIMPIN DAN PEMERINTAH SEPERTI INI??!!TEPUK DADA JANGAN TANYA SELERA...TAPI TANYALAH IMAN.....

2 comments:

  1. salam,

    sekarang ni amat kurang kesedaran orang utk menutup aurat, amat sedih sekali melihat suasana sekarang yang orang anggap "biasala tu" apa bila tgk orang terdedah aurat, sedangkanbenda tu jelas haram.

    ReplyDelete
  2. 'biasala' tidak akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh allah s.w.t...jangan kita mempermudahkan islam mengikut 'selera hati' kita kerna kelak binasa badan..

    ReplyDelete