WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, December 12, 2009

1MALAYSIA : HUKUMKAN SAHAJA MEREKA DENGAN HUKUM ALLAH!!!

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

Anak Manjong

Salam Sejahtera,

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : INILAH BAHANANYA APABILA HUKUM ALLAH DITOLAK..HUKUM CIPTAAN MANUSIA NYATA TIDAK MAMPU MEMBENDUNG AKAN JENAYAH RAGUT DAN LAIN-LAIN JENAYAH JUGA....YAKINILAH KITA SEBAGAI ISLAM BAHAWA HANYA HUKUM ALLAH YANG MAMPU MENGAMANKAN DUNIA..HAMBA PERNAH MENDENGAR SENDIRI PENDAPAT SEORANG BUKAN ISLAM BILA DITANYAKAN PENDAPAT BELIAU JIKAN HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN..NYATA BELIAU SEBAGAI ORANG BUKAN ISLAM MENYAMBUT BAIK AKAN HUKUM HUDUD INI..PADA PANDANGAN BELIAU HANYA HUKUM HUDUD YANG MAMPU MENAKUTKAN PENJENAYAH INI DARI MELAKUKAN JENAYAH..JADI APAKAH KITA SEBAGAI ORANG ISLAM BERPANDANGAN SEBALIKNYA PULA???LU TEPUK DADA LU TANYA AL-QURAN...

2 comments:

  1. Salam Jebat sahabt ku,

    Selagi UMNOngok memerintah selagi itu hukum Allah tak dapat dilaksanakan. Kita dikejutkan baru ini kes KARTIKA DISEBAT. Hingga ke saat ini masih belum di jalankan.

    Bermacam-macam alasan diberi, rakyat dah banyak lupa kes tersebut. UMNOngok memainkan joet Pahang sesama mereka hingga kita lali dan lupa isu KARTIKA. Tadbir

    ReplyDelete
  2. benar sahabatku...um-no bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum allah,tetapi mereka juga menjadi penghalang pada cita-cita orang lain yang ingin melaksanakan hukum allah...

    kalaulah kartika dihukum sebat,maknanya penguatkuasa agjuga kenalah jatuhkan hukuman yang sama terhadap pemimpin negara...kerana hamba sangat pasti ramain pemimpin negara yang juga turut meneguk air kencing syaitan ini..

    gambar p-end najib dengan pm thai baru-baru ini memjadi perbualan dikalangan blogger...apakah air yang diminum oleh najib itu..apakah ianya air teh bunga??ada rakan di facebook mengatakan air bateri kereta barangkali..namun ianya lekas dinafikan rakan lain dengan mengatakan kalaulah air bateri maunya kita dapat p-end baru..

    apa pun air itu rasanya semua dapat meneka..dan kalaulah apa yang disangkakan para blogger salah patutnya p-end najib lekas menafikannya..tapi nampaknya beliau juga tidak berani menafikannya..mungkin benar barangkali sangkaan kita semua..

    dan kalau benar maka najib perlu dihuku seumpama kartika..tak begitu sahabatku..sebab itu jugalah kita melihat p-en najib antara yang beria-ia menasihatkan agar kartika merayu akan hukuman sebat tersebut..mengapa??tepuk dada tanya najib...

    ReplyDelete