WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 10, 2009

1MALAYSIA : KJ BAKAL DILANTIK TIMBALAN MENTERI

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.

''Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,'' menurut portal berkenaan di sini hari ini.

Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.

Sumber : http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2310

JEBAT_BERANI : KALAU BENARLAH APA YAG DIBERITAKAN INI,MALANG SUNGGUH NASIB KEMENTERIAN YANG BAKAL MENERIMA BELIAU NANTI.MAMAT NIE BUKANNYA BOLEH BUAT KERJA PON..BIKIN KACAU BOLEH LA..APA-APA PUN KITA TUNGGU DAN LIHAT SAMAADA BERITA INI BENAR-BENAR MENJADI KENYATAAN ATAU TIDAK NANTI..

No comments:

Post a Comment