WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 9, 2009

MUSYUARAT PAFA BERJAYA DITANGANI DENGAN MATANG DAN BERWIBAWA

Mesyuarat Ahli Majlis PAFA yang dipegerusikan oleh YB Haji Muhammad Nizar selaku presiden PAFA bermula jam 2.15 petang tadi diadakan di Bilik Mesyuarat PAFA.Tetapi oleh kerana Bekas Presiden Kelab Penyokong Perak Sdr. Jamil Osman yang telah dipecat pada bulan november yang lalu tiba-tiba hadir dan menyuarakan ketidakpuasan hati beliau diatas pemecatan tersebut menyebabkan mesyuarat tergendala seketika.

Presiden menerangkan bahawa Sdr. Jamil banyak mengeluarkan kenyataan yang menentang Presiden dan sering mendesak YB Haji Nizar agar melepaskan jawatan,oleh kerana beliau sudah tidak sehaluan lagi dengan PAFA maka terpaksalah pemecatan dilakukan untuk kebaikan pengurusan Bolasepak Perak.

Desas-desus akan diadakan usul untuk memecat YB Nizar dan mengadakan EGM,langsung tiada kedengaran dan dibangkitkan.Suasana mesra dikalangan Ahli Majlis memutuskan bahawa tidak akan ada campurtangan politik dalam bolasepak perak,segala hutang dan kebajikan pemain akan dijaga dengan penuh amanah.

Sebidang tanah kepunyaan PAFA yang hampir 10 tahun tidak dimajukan,akan mula diusahakan oleh PAFA agar segala hasilnya dapat membantu kewangan PAFA pada masa akan datang.

Untuk menguatkan lagi komitmen dikalangan Ahli Majlis maka mesyuarat PAFA akan diadakan sebulan sekali.YB Haji Nizar menyatakan bahawa Presiden FAM memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada beliau agar dapat membangunkan Bolasepak Perak tanpa ada campurtangan politik dan sentiasa menjaga keperluan dan kebajikan pemain.

Dengan segala perancangan dan keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat itu,serta sokongan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri,maka kesimpulannya,pihak BN kini sudah mengakui bahawa PAFA yang diketuai oleh Presidennya YB Haji Nizar mampu mentadbir Bolasepak Perak dengan baik..Syabas Yeoppp....

Sumber : http://muslimeen-united.blogspot.com/

JEBAT_BERANI : KEJAYAAN NIZAR TERUS MENERAJU PAFA MENUNJUKKAN KOMITMENT DAN KESUNGGUHAN BELIAU UNTUK MEMAJUKAN BOLASEPAK NEGERI PERAK WALAUPUN SEBELUM INI TERDAPAT USAHA-USAHA UNTUK MENDESAK BELIAU MELETAKKAN JAWATAN.

DIHARAPKAN NIZAR MAMPU MENGENDALIKAN PAFA DENGAN LEBIH CEMERLANG BERBANDING SEBELUM INI DAN SETERUSNYA MELETAKKAN PASUKAN PERAK ANTARA PASUKAN YANG DISEGANI..

No comments:

Post a Comment