WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 9, 2009

1MALAYSIA : DR ASRI AJAK JAIS BERDAKWAH DI PUSAT HIBURAN

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Dis 8 — Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdidin hari ini mengajak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar bekerjasama dengan beliau dalam usahanya berdakwah di pusat-pusat hiburan walaupun masih berhadapan dengan masalah mendapatkan tauliah menyampaikan kuliah agama di negeri itu.

“Saya yakin mereka (Jais) akan memberikan kerjasama kepada saya. Saya Cuma hendak menolong, membantu golongan muda. Jadi bantulah saya untuk membantu golongan muda... kita perlu membimbing golongan muda,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Asri mengaku beliau juga menyedari bahawa akan berhadapan dengan halangan daripada Jais yang tidak mahu mengeluarkan tauliah, tetapi tetap mahu meneruskan usaha tersebut demi masa depan dan kebaikan generasi muda.

“Berdasarkan laporan media saya tahu agensi agama Selangor tidak bersetuju. Saya hendak tengok sejauh mana mereka akan menghalang, tetapi saya akan meneruskan usaha saya ini,” katanya.

Asri berkata usaha berdakwah di pusat-pusat hiburan akan diadakan di seluruh negara tetapi fokus utama adalah di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang mempunyai banyak pusat hiburan.

Kini Asri berhadapan dengan kes mahkamah menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jais pertengahan bulan lalu.

Asri ditahan Jais awal bulan lalu. Khamis ini Jais merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Rendah Syariah.

Semalam Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan hasrat Asri yang mahu berdakwah di pusat hiburan sebagai langkah tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah.

Tamyes berpendapat sebagai individu yang menyebarkan ajaran Islam, pendakwah seharusnya menjaga maruah dan imej ketika menyampaikan berdakwah agar tidak dipandang serong masyarakat.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, Asri melahirkan hasrat untuk turun padang dan berdakwah di pusat-pusat hiburan, termasuk disko di Selangor dengan bantuan kumpulan dakwah yang dilatihnya sendiri menerusi program dinamakan ‘ulama turun padang’.

Asri yang mengakui menerima kerjasama daripada persatuan artis menambah, pihaknya akan mengedarkan risalah panduan dan bimbingan agama kepada pengunjung-pengunjung pusat hiburan.

“Jika pemilik pusat hiburan membenarkan, sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit, kami akan menyampaikan dakwah ringkas kepada pengunjung-pengunjung beragama Islam,” katanya.

Asri yakin usaha itu boleh dimulakan awal tahun depan.

Sumber : Malaysian Insider



JEBAT_BERANI : JOM KITA SEMUA SOKONG USAHA DR ASRI INI.SEMOGA DENGAN USAHA MURNI DR ASRI INI KITA BOLEH MEMBASMI BUDAYA MINUM ARAK DI KALANGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN TERUK.

2 comments:

  1. aper jais dan mufti selangor nak takut..perkara mencegah kemungkaran adalah perlu dilaksanakan..jika mmpu dgn lidah dan perbuatan silakan..tp jika mndapat sokongan kan lebih baik ..usah ler nak tunjuk hebat dan berselindung di balik kuasa jika takut nak berdakwah..hal tauliah nie perkara yg celaru ..yg penting kii masyarakat dan generasi kini semakin rosak akhlak .tambhan di selangor mmg dahsyat ..jd sy juga mnyokong usaha ust.asri ..teringat sy dgn usaha dakwah yang dijalankan olh as syahid hassan al-banna yg berdakwah dimana jua di warung tepi jaln ,di clubbing asalkan di situ ader manusia yg ader akal ..

    ReplyDelete
  2. APA FUNGSI JAIS SUDAH TIDAK DIKETAHUI..ADAKAH JAIS SEKADAR BERFUNGSI UNTUK MENGAWINKAN ORANG DAN MENGURUSKAN HAL-HAL PERCERAIAN SAHAJA?ADAKAH SEKADAR ITU KEFAHAMAN JAIS TENTANG AGAMA.ADAKAH ITU SAHAJA SYIAR ISLAM YANG MAMPU DILAKUKAN OLEH JAIS??SUNGGUH MEMALUKAN..MEREKA YG BIJAK PANDAI DAN BERPEGETAHUAN AGAMA YG TINGGI DALAM JAIS BUKANNYA BERTINDAK SEBAGAI ORNG YG MENYEBARKAN DAKWAH TETAPI SEBALIKNYA MENJADI PENGHALANG KEPADA USAHA-USAHA PENDAKWAH UNTUK MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM..INIKAH YG DINAMAKAN ISLAM HADHARI ATAU ISLAM 1MALAYSIA

    ReplyDelete