WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 8, 2009

TOK GURU NIK AZIZ : SEMAKIN DITEKAN SEMAKIN HEBAT SOKONGAN

Alhamdulillah, Hari ini kita melihat kekuatan Pakatan Rakyat makin terserlah, setelah serangan demi serangan dilontarkan oleh BN dari hari ke hari. Usaha BN tidak akan terhenti selagi 4 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jatuh ke tangan mereka.

Perak telah dapat dikuasai semula oleh BN setelah mereka menafikan kehendak rakyat yang mahukan perubahan besar ke atas negeri Perak dengan memberi satu amanah besar untuk Pakatan Rakyat memikulnya.

Namun apa yang diharapkan oleh BN tidaklah segembira yang diimpikan. Rebutan kuasa ini masih berlegar diruang mahkamah.

Isu di Perak yang semakin lama semakin hangat tidak mematahkan BN memburukkan pentadbiran 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Usaha mereka yang bertali arus ingin menjatuhkan Pakatan Rakyat masih tidak kesampaian, malah apa yang dilontarkan sering memakan diri sendiri. Media massalah yang menjadi pelindung dari dimalukan oleh Pakatan Rakyat. Berita diputar belit seolah-olah BN sebuah parti yang maksum.

Kini usaha BN ingin melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz jatuh dari tampuk pentadbiran Kelantan masih gagal. Pelbagai usaha dilakukan antaranya melagakan antara Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga tidak kesampaian setelah kedua pemimpin ini sentiasa berserah kepada Allah dan memilih jalan sebaiknya untuk tidak terus tunduk pada tekanan BN. Cuma apa yang menakutkan ialah suara ahli dan penyokong yang termakan umpan BN. Inilah yang harus dititik beratkan oleh pimpinan PAS. Apa yang penting bagi ahli dan penyokong ialah sentiasa berbaik sangka pada pucuk pimpinan mudahan segala gerak kerja pimpinan PAS berjalan lancar demi Islam tercinta.

Semakin hari kita melihat sokongan dari pelbagai kaum melayu, cina, india semakin utuh pada perjuangan PAS. Sokongan yang diberikan oleh non muslim bukan hanya memandang ketelusan PAS memperjuangkan nasib bangsa di Malaysia malah turut menarik minat mengetahui bahwa Islam adalah satu satunya agama yang menitik beratkan perpaduan bangsa tanpa memilih warna kulit.

Ketelusan pimpinan PAS tanpa amalan rasuah, tanpa kepincangan pentadbiran membuktikan Islam satu agama yang benar benar memperjuangkan nasib umat manusia. Dakwah didalam politik. Non Muslim juga faham Islam apa yang dibawa oleh Umno sekiranya mereka terus dengan agenda korupsi dan pembohongan sedangkan non muslim didedahkan dengan kebaikan islam didalam rancangan agama dikaca televisyen. Jelas Islam umno bukan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu segala usaha PAS untuk meneruskan perjuangan Islam harus megambil sikap berhati hati. Usah mudah membuat kenyataan media tanpa rujukan atau rundingan. Sekelumit kesilapan akan digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menjahanamkan perjuangan Islam di negara ini. Jangan kerana 4 negeri di perintah Pakatan Rakyat kita terus leka dan mendabik dada. Seharusnya teruskan gerak kerja kerana usaha pihak musuh tidak akan berhenti selagi PAS tidak berkubur.

Sumber : http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/" "

JEBAT_BERANI : SEMOGA PERJUANGAN TOK GURU NIK AZIZ AKAN TERUS MENDAPAT SOKONGAN PENCINTA-PENCINTA ISLAM.USAH GUSAR DENGAN ANCAMAN ORANG YANG BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN TOK GURU NIK AZIZ.BERSAMA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM !!

No comments:

Post a Comment