WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 10, 2009

ROYALTI MINYAK : JUMPA DI MAHKAMAH JIKA PERLU !!!

Isu royalti minyak Kelantan akan di bawa ke Mahkamah

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil langkah membawa isu tuntutan royalti minyak ke Mahkamah jika isu ini masih belum dapat diselesaikan.

Setakat hari ini, kerajaan negeri masih mengambil usaha membuat tuntutan dalaman untuk mendesak kerajaan persekutuan memberikan hak kepada Kelantan.

Hal ini ditegaskan oleh Setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan, Annual Bakri Haron ketika dihubungi Erapakatan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri baru sahaja menamatkan fasa pertama berhubung tuntutan tersebut kepada pusat dengan menggunakan pendekatan dalaman yang bersifat rundingan dan diplomasi. Ini bertujuan memberi tekanan agar Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan isu ini melalui pendekatan tanggungjawab sebagai kerajaan pusat terhadap negeri-negeri dibawah persekutuannya.

“Setakat ini kita masih menjalankan tuntutan dalaman. Surat kepada Jabatan Perdana Menteri telah dihantar secara rasmi. Peringkat media juga sudah dijalankan seperti berhujah dalam usaha mendapatkan hak kami. Doa dan solat hajat juga sentiasa dilakukan bagi menyelesaikan isu ini,” jelas beliau.

Beliau juga berkata, Kerajaan Negeri juga sedia untuk mengadakan forum terbuka dengan kerajaan pusat dan berdebat mengenai isu ini. Sekiranya pendekatan ini masih tidak berhasil, tuntutan ini akan terus di bawa ke Mahkamah bagi terus menyelesaikan isu ini.

"Setelah semua ini masih tidak berkesan maka akan tibalah masanya untuk kerajaan negeri menuntutnya melalui jalan mahkamah," ujar Annual lagi.

Sumber : Era Pakatan

JEBAT_BERANI : KEDEGILAN UM-NO/BE-END MEMBERI WANG ROYALTI MINYAK KEPADA KELANTAN HARUS DIAMBIL TINDAKKAN.WANG ROYALTI INI ADALAH HAK KELANTAN DAN SEBARANG USAHA UNTUK MEMDAPATKANNYA HARUS DILAKUKAN SEGERA.

TINDAKAN MEMBAWA PERKARA INI KE MAHKAMAH DILIHAT PERLU SEKIRANYA UM-NO/BE-END TERUS BERDEGIL DENGAN PENDIRIAN MEREKA YANG ENGGAN MEMBERIKAN WANG ROYALTI MINYAK KEPADA KELANTAN.

CUMA APA YANG MERISAUKAN HAMBA ADALAH KEUPAYAAN KITA MEMENANGI KES INI DI MAHKAMAH.BUKAN MERAGUI KEUPAYAAN PEGUAM DAN FAKTA-FAKTA YANG ADA BAGI MENUNTUK ROYALTI INI.APA YANG MERISAUKAN HAMBA ADALAH KETELUSAN PIHAK MAHKAMAH DALAM MENGADILI KES INI NANTI.

PELBAGAI PERISTIWA DAN KES-KES YANG BERLAKU DAN DIBAWA KE MAHKAMAH SEBELUM INI MENAMPAKAN IANYA TIDAK MEMIHAK KEPADA KITA.KALAU ADA SEKALIPUN IANYA SEGERA DINAFIKAN PULA OLEH MAHKAMAH RAYUAN.HAL INILAH YANG BAKAL MENYUKARKAN KITA NANTI.

NAMUN BEGITU WALAU APA SEKALIPUN HALANGAN YANG BAKAL MENANTI,KITA PERLU JUGA MENGHADAPINYA DEMI MEMDAPATKAN HAK KITA.WALAU TERPAKSA BERULANG KALI KE MAHKAMAH KITA LAKUKAN JUA DEMI HAK KITA DAN KEADILAN.

No comments:

Post a Comment