WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 8, 2009

1 MALAYSIA : SURAU DALAM TANDAS??!!!

TAWAU, Dis 7 — Sebuah tandas awam untuk kemudahan lelaki, wanita dan golongan kurang upaya (OKU) di Sabindo dekat sini, menimbulkan tanda tanya orang awam kerana ia turut menempatkan sebuah bilik solat di dalamnya.

Di pintu masuk bangunan itu terdapat papan tanda surau dengan lambang wanita, lelaki dan OKU.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk menutup ruang solat berkenaan jika ia didapati mencemar nama baik Islam.

Namun, katanya, sebelum kemudahan tempat sembahayang itu disediakan, MPT telah meminta pandangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang tidak membantah, malah ia membantu menetapkan arah kiblatnya.

“Kita akan berjumpa sekali lagi dengan JHEAINS kerana mereka lebih arif,” katanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali, ketika dihubungi berkata, adalah kurang sesuai bagi bilik sembahyang dibina dalam bangunan tandas.

“Kita akan siasat perkara ini demi kemuliaan Islam,” katanya.

Tandas awam berkenaan terletak hanya 500 meter dari Masjid Al-Kauthar, masjid terbesar di Sabah. — Bernama

JEBAT_BERANI : DALAM ERA ISLAM 1MALAYSIA INI NAMPAKNYA AJARAN ISLAM SEOLAH-OLAH TIDAK SAMPAI KEPADA UMAT ISLAM.MACAM MANALAH MEREKA BOLEH TERFIKIR SAMPAI NAK BUAT SURAU DALAM TANDAS??KAALU IA PUN NAK TUNJUK WARAK AGAK-AGAK LA..

BAYANGKANLAH SEMUA JIKA SURAU DALAM TANDAS INI WUJUB DI NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT.ENTAH APALAH NANTI YANG BAKAL DICANANGKAN OLEH UM-NO/BE-END??DAN BERMACAM-MACAM FATWALAH YANG AKAN DIKELUARKAN OLEH PARA ULAMA UM-N0/BE-END BAGI MENGAMPU BOS-BOS NYA.

TAPI OLEH KERANA IANYA WUJUB DALAM NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH KERAJAAN '1MALAYSIA' MAKA PERKARA INI SENYAP TANPA ULASAN ATAU TEGURAN DARI ULAMA-ULAMA UM-NO/BE-END..APAKAH PERBUATAN INI TIDAK MENCEMARKAN KEMULIAAN ISLAM??LU PIKIR LA SENDIRI !!!

No comments:

Post a Comment