WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, March 19, 2010

ZAMBRY KUNDETA : ADA USAHA DARI 11 KETUA BAHAGIAN UNTUK JATUHKAN BELIAU


Wujud tangan ghaib cuba menjatuhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila 11 ketua bahagian dikaitkan dengan gerakan sulit ini.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, khabar angin kuat mengatakan 11 Ketua Bahagian menganjurkan gerakan sulit untuk memburukkan imej dan kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar ke peringkat kepimpinan pusat UMNO

Menurutnya, suara dari kumpulan yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada Menteri Besar cuba menikam dari belakang, menggunakan gerakan sulit.
“Kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 11 ketua bahagian UMNO negeri ini dalam usaha menganjurkan gerakan sulit semata-mata mahu melihat Dr Zambry meninggalkan jawatan dipegang sekarang.

“Inilah sikap dan tindak-tanduk pemimpin bahagian yang tidak matang serta tidak cerdik dalam permainan politik mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, mereka tidak boleh bersikap demikian kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua bahagian, sokongan jitu perlu diberikan kepada kepimpinan Menteri Besar bukannya memulaunya.

Katanya, jika pihak berkenaan tidak boleh menerima arahan atau pandangan Menteri Besar, letak jawatan adalah keputusan terbaik bagi membersihkan serta memulihkan kembali imej UMNO yang dipenuhi dengan pemimpin pentingkan diri serta kroni.

“Dipercayai 11 ketua bahagian ini diketuai oleh seorang ketua yang cukup berpengaruh dalam UMNO negeri serta dalam masa sama merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Individu inilah yang dipercayai menjadi dalang kepada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar.

“Saya cukup terkejut dan hairan kenapa mereka ini sanggup bersikap sedemikian walhal kita di bawah satu bumbung, parti, agama serta bangsa yang sama, kalau beginilah sikap mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, UMNO hanya tinggal nama sahaja,” katanya.

Sumber : SinarHarian-

JEBAT_BERANI : SAMAADA PERKARA INI BENAR ATAU SEKADAR SPEKULASI BUKANLAH MENJADI PERSOALANNYA..SEMEMANGNYA JIKA IANYA BENAR-BENAR TERJADI SEKALIPUN PADA HAMBA BUKAN SESUATU YANG MEMERANJATKAN KERANA KITA SEMUA SEDIA MAKLUM AKAN BUDAYA CATAS MENCATAS DI DALAM UM-NO/BE-END..MALAH JIKA PERKARA INI BENAR-BENAR TERJADI HAMBA RASA IANYA ADALAH PENGAJARAN YANG SANGAT BERMAKNA KEPADA ZAMBRY SENDIRI AGAR TIDAK BERTINDAK MERAMPAS HAK ORANG LAIN DI LAIN MASA...SEMOGA PUAK-PUAK PENGKHIANAT RAKYAT PERAK INI SEGERA HANCUR OLEH KETAMAKKAN MEREKA SENDIRI DAN SEMOGA PIHAK YANG BERHAK KEMBALI MEMERINTAH...

No comments:

Post a Comment