WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, March 6, 2010

AKIBAT MENJEMPUT PRESIDEN PAS,PENGARAH RADIO IKIM DILUCUTKAN JAWATAN!!!


Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila

Sumber : harakah daily

JEBAT_BERANI : KASIHAN SUNGGUH HAMBA KEPADA IR AHMAD JAIS ALIAS NI...BELIAU MENJADI MANGSA KEPADA POLITIK SEMPIT PUAK-PUAK TALIBARUT UM-NO/BE-END..SEDANGKA JIKA DIAMATI APA YANG DILAKUKAN OLEH IR AHAMD NYATA BUKAN BERMOTIFKAN POLITIK..IANYA SEKADAR JEMPUTAN BIASA BAGI MENJADI PANEL KEPADA MUZAKARAH ANJURAN IKIM..MUZAKARAH TERSEBUT PULA BUKAN MEMBINCANGKAN SESUATU BERKAITAN POLITIK AKAN TETAPI BERKAITAN ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM..

NAMUN AKIBAT BUDAYA POLITIK SEMPIT PUAK-PUAK TALI BARUT UM-NO/BE-END IR AHMAD MENJADI MANGSA..HANYA KERANA MENJEMPUT PRESIDEN PAS BELIAR KEHILANGAN JAWATAN SEBAGAI PENGARAH RADIO IKIM..SUNGGUH KEJAM DAN TAK BERTAMADUN SUNGGUH PENGURUSAN IKIM DALAM MEMECAT IR AHMAD NI..ALASAN YANG DI BERIKAN NYATA TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI.....TAPI ITULAH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END YANG SUDAH TERDIDIK BEGITU UNTUK SEKIAN LAMA...

No comments:

Post a Comment