IPOH, 6 Mac: Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Tan Sri Harussani Zakaria.
“PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.
Beliau juga melahirkan kekesalan dengan mufti berkenaan yang menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana.
Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.
Salman turut menasihatkan mufti itu agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.
“Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai pegawai agama kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita,” ujarnya.
Tambahnya, dengan sikapnya berpihak itu akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.
“Persoalan yang perlu dijawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika Umno yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini,” ujarnya lagi.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : AMAT JELAS SEKALI KINI BAHAWA TAN SRI HARUSSANI BEGITU BERMINAT MENYERTAI DAN TERLIBAT DENGAN POLITIK TANAHAIR..NAMUN MUNGKIN KERANA SAYANGKAN JAWATAN BELIAU KINI MAKA MENJADI HALANGAN UNTUK BELIAU TERLIBAT SECARA TERUS..MAKA TERPAKSALAH BELIAU "MALU-MALU KUCING" MENDEKATI DUNIA POLITIK TANAHAIR INI..
DAN DALAM DIAM BELIAU CUBA MENJADI EJEN UM-NO UNTUK MEMUJUK AGAR PAS BERGABUNG DENGAN UM-NO BAGI MEMBENTUK KERAJAAN PERAK SEBELUM INI..APAKAH AGENDA SEBENAR BELIAU TAK DAPAT HAMBA PASTIKAN..NAMUN JELASNYA BELIAU KINI BELIAU SUDAH MULA BERPIHAK KEPADA UM-NO/BE-END APABILA SERING KALI MENJADI LIDAH UM-NO/BE-END UNTUK MENYERANG PAKATAN RAKYAT DALAM ISU-ISU BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM..
SEDIHNYA TAN SRI HARUSSANI SANGGUP MENGENEPIKAN PENGETAHUAN DAN ILMU BELIAU SEHINGGA SANGGUP BERSENGKOKOL DENGA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI..APAKAH BELIAU MEMPUNYAI KEPENTINGAN PRIBADI YANG PERLU DIJAGA AGAR TIDAK TERGUGAT??APAKAH BELIAU TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN YANG MANA LEBIH UTAMA..AGAMAKAH ATAU JAWATAN BELIAU??SUNGGUH HAMPA DAN MENGECEWAKAN RAKYAT PERAK MEMPUNYAI MUFTI SEPERTI INI..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
Jangan kita cenderong apatah lagi menyokong dan mengundi golongan yang zalim.
ReplyDelete