skip to main |
skip to sidebar
JIKA JEBAT TIDAK MENDERHAKA!!
Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata
pantang Melayu menderhaka
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka
Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.
Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.
Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.
Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas can anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.
Tidak ada apa-apa
yang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.
Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakanJEBAT_BERANI : RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI KALIAN YANG MEMPERSOALKAN PERJUANGAN KAMI PAKATAN RAKYAT...KAMI MENDERHAKA HANYA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM..KEPADA PEMIMPIN YANG MERAMPAS HAK RAKYAT,KEPADA PEMIMPIN YANG LUPAKAN TANGGUNGJAWABNYA DAN KEPADA PEMIMPIN YANG MENOLAK AGAMA ISLAM....KAMI RELA DIKATAKAN MENDERHAKA..KAMU JUGA RELA DIGELAR PENDERHAKA..DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT,KAMI RELA MENDERHAKA...MENDERHAKA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM....
No comments:
Post a Comment