WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, March 8, 2010

SPR PERLU GUBAL AKTA BAGI MEMBENARKAN"KATAK" MELETAK JAWATAN DAN BERTANDING SEMULA..


JEBAT_BERANI : SPR PERLU MEMINDA SEMULA AKTA YANG MELARANG WAKIL RAKYAT YANG MELETAKKAN JAWATAN DARI BERTANDING SEMULA..PINDAAN AKTA INI PERLU DILAKUKAN BAGI MEMBENARKAN WAKIL RAKYAT YANG MELOMPAT PARTI MELETAK JAWATAN DAN BERTANDING SEMULA BAGI MEMBUKTIKAN DIRI MEREKA MEMPUNYAI PENGARUH DI KAWASAN YANG DIMENANGI SEBELUM INI ATAS TIKET PARTI..INI MEMANDANGKAN AKTA YANG ADA SEKARANG INI MELARANG WAKIL RAKYAT YANG MENGOSONGKAN KERUSI MEREKA UNTUK BERTANDING SEMULA DALAM MASA 5 TAHUN...

MENGULAS ISU INI SETIAUSAHA AGUNG PAS,DATUK MUSTAFA ALI BERKATA,"Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, (kemudian) keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan (sebagai wakil rakyat)."Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh."Saya harap akta ini dipinda untuk membuktikan calon itu mendapat sokongan rakyat,"....

PENGUBALAN AKTA INI JUGA MEMBERI RUANG KEPADA RAKYAT MENUNTUT WAKIL RAKYAT YANG BELOT INI MELEPASKAN JAWATAN DAN BERTANDING KEMBALI JIKA MERASAKAN DIRI MENJADI PILIHAN RAKYAT DI KAWASAN BELIAU DUDUKI SEBELUM INI...IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MEMELIHARA HAK RAKYAT MENENTUKAN PEMIMPIN YANG AKAN MEWAKILI MEREKA...

KITA TIDAK MAHU WAKILRAKYAT YANG MELOMPAT PARTI INI MEMPERTAHANKAN JAWATAN TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN MEREKA ADALAH PILIHAN RAKYAT TANPA MEMBUKTIKANNYA DI DALAM PILIHANRAYA..INI TIDAK ADIL BAGI PARTI YANG MEREKA WAKILI SEBELUM INI DAN JUGA KEPADA PENGUNDI YANG MEMILIH MEREKA BERDASARKAN PARTI YANG MEREKA WAKILI SEBELUM INI..MEREKA TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENGATAKAN DIRI MENJADI PILIHAN RAKYAT BUKANNYA PARTI TANPA MAHU MEMBUKTIKAN DI DALAM PILIHANRAYA..

JUSTERU ITU HAMBA MERASAKAN SUDAH SAMPAI MASANYA SPR MELAKUKAN SESUATU DEMI KEPENTINGAN RAKYAT..PENGUBALAN AKTA INI DAPAT MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT APABILA WAKIL YANG MEREKA PILIH BERDASARKAN PARTI MELOMPAT PARTI....JIKA AKTA INI TERUS DIPERTAHANKAN MAKA HAMBA KUARTIRI RAKYAT AKAN TERUS MENJADI MANGSA KEADAAN APABILA WAKIL RAKYAT MEREKA BERPALING TADAH....

No comments:

Post a Comment