WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, March 16, 2010

PROF ABU HASSAN : YB BEBAS O.K, YB BEBAS@KATAK K.O!!!


Bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Bebas tidak salah tetapi mengisytihar diri sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu, jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian penegasan pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada TV Selangor.

Kebelakangan ini beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisyihar keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi.

Sesetengah mereka pula mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra Barisan Nasional walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat.

Abu Hassan mengkategorikan mereka yang melompat parti, kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas sebagai tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah rakyat.

"Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya
.

Hassan menyifatkan calon Bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.

"Tetapi dalam pilihan raya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran-kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minority yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tapi mereka tidak berpihak pada parti A parti B," tegasnya.


Sumber : TV Selangor

JEBAT_BERANI : BERTANDING TIKET BEBAS DAN MENJADI BEBAS SELEPAS KELUAR PARTI ADALAH SANGAT BERBEZA..MEREKA YANG BERTANDING ATAS TIKET PARTI INI BOLEH DIKATOGORIKAN SEBAGAI AGAK BERANI MANAKALA MEREKA YANG MENJADI BEBAS SELEPAS KELUAR DARU PARTI BOLEHLAH DIPANGGIL KATAK...
SEJAK AKHIR-AKHIR INI BERMACAM-MACAM JENIS YB BEBAS YANG BOLEH KITA LIHAT..ADA YANG BEBAS TAPI "MESRA" UM-NO/BE-END DAN ADA YANG BEBAS TAPI TAK "MESRA" MANA-MANA PIHAK...TAPI YANG JELAS MANA-MANA YB YANG MENJADI BEBAS SETELAH MENINGGALKAN PARTI ASALNYA ADALAH "KATAK"..

MEREKA LUPA PADA AMANAH YANG DIBERIKAN PENGUNDI KEPADA MEREKA...MALAH AMANAH PARTI ASAL MEREKA JUGA TELAH MEREKA KHIANATI...YB-YB BEBAS@KATAK INI MENGATAKAN BAHAWA MEREKA MENJADI BEBAS@KATAK DEMI MEMBELA NASIB PENGUNDI HANYA ALASAN SEMATA-MATA DEMI MENGHALALKAN PERBUATAN MEREKA MENJADI BEBAS@KATAK..

SEDANGKAN MAJORITI PENGUNDI MAHUKAN YB-YB BEBAS@KATAK INI MELETAKKAN JAWATAN KERANA TELAH MENGKHIANATI AMANAH YANG TELAH MEREKA BERIKAN..NAMUN YB-YB BEBAS@KATAK INI TANPA SEGAN SILU MENGAKU BAHAWA MEREKA MASIH MENDAPAT SOKONGAN PENGUNDI MEREKA SEBELUM INI....MALAH MEREKA JUGA MENDAKWA BAHAWA UNDI YANG DIPEROLEHI SEBELUM INI ADALAH KERANA KREABILITI MEREKA BUKANNYA KERANA PENGARUH PARTI..HUHUHUHUHUHU

SEJAUH MANA YB-YB BEBAS@KATAK INI MAMPU BERTAHAN SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN..APA YANG BOLEH HAMBA KATAKAN HANYA SATU..SPESISI YB-YB BEBAS@KATAK INI PASTI AKAN PUPUS PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 NANTI..DAN HAMBA SANGAT BERKEYAKINAN DENGANAPA YANG HAMBA KATAKAN INI..TAK PERCAYA..???SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN NANTI..TUNGGUUUUUUU!!!!!!!

2 comments:

  1. DUA ALAM :

    ALAM SATU : TUAN SHEIKH ANA AKAN PASTIKAN NEGARA INI AKAN MENJADI NEGARA ISLAM SEPERTI YANG PARTI TUAN SHEIKH MAHU.

    ALAM DUA : BROTHER KIT, YOU DON'T WORRY, WE WILL NOT MAKE THIS COUNTRY AS ISLAMIC COUNTRY.

    SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MENGUNGKAPKAN DIALOG-DIALOG DI ATAS?

    ReplyDelete
  2. TERLEBIH DAHULU HAMBA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH BUAT TUAN HAMBA "BARUA" YANG SUDI SINGGAH DI BLOG HAMBA..SEMOGA KEKERAPAN TAN HAMBA SINGGAH DI SINI AKAN MEMBERIKAN SESUATU BUAT SANTAPAN MINDA TUAN HAMBA SEKALIGUS MEMCUCI SEGALA KEKARATAN YANG ADA SELAMA INI...

    PUAK-PUAK UMNONGOK SERING KALI MENJADIKAN ISU INI SEBAGAI MODAL MEREKA MENGHNTAM PAKATAN RAKYAT TERUTAMA PAS DAN DAP..IA HAMBA AKUI SEBELUM INI DAP KERAS MEMBANTAH NIAT PAS UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM..MENGAPA??INI KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI AKAN KONEP NEGARA ISLAM INI..NAMUN HAL INI TIDAK LAGI MENJADI ISU....KINI KITA SEMUA BOLEH MELIHAT BAGAIMANA AHLI2 DAP SUDAH MULA BOLEH MENERIMA ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS..

    LIHAT SAHAJALAH BAGAIMANA NGA KOR MING SENDIRI SUDAH MULA MENGAMBIL PETIKAN AYAT-AYAT AL-QURAN SEBAGAI CONTOH DALAM CERAMAHNYA..MALAH BELIAU JUGA TURUT MENGANJURKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN UNTUK ANAK-ANAK ISLAM..INI HANYA SALAH ATU CONTOH YANG BOLEH HAMBA KEMUKAKAN BAGI MEMBERI GAMBARAN BAGAIMANA AHLI2 DAP KINI TELAH MULA MENERIMA ISLAM YANG DIPERJUANGKAN PAS..

    NAMUN TIDAK BAGI SEBUAH PARTI MELAYU YANG MENGAKU ISLAM(UMNO)...HANYA KERANA DILAHIRKAN ISLAM MEREKA MERASAKAN MEREKA SUDAH CUKUP ISLAM TANPA PERLU MELAKSANAKAN APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN DALAM ISLAM..MALAH MEREKA INI MENJADI MANUSIA YANG SERING MENENTANG PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM ITU SENDIR..

    MAKA JIKA DITANYAKAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK..BERSAMA DAPKAH ATAU UMNO..TANPA RAGU-RAGU HAMB AKAN MENJAWAB BAIK BERSAMA DAP YANG SUDAH MULA MENERIMA ISLAM BERBANDING BERSAMA UMNO YANG MENGAKU ISLAM TAPI DALAM MASA YANG SAMA MENENTANG ISLAM..

    ReplyDelete