KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.
Di luar dewan, Ahli Parlimen Pakatan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu.Ahli Parlimen Bachok, Nasaruddin Mat Isa menegaskan tindakan tidak membahaskan usul tersebut mengesahkan ketidakwibawaan ketua polis negara meneruskan tugas yang dijangka tamat kontrak perkhidmatannya tahun ini.
"Apabila dihalang tugas kami untuk membahaskan isu ini, kita melihat ini satu tindakan untuk melarikan diri dari isu sebenar. Mereka mungkin bimbang pendedahan demi pendedahan yang bakal kita lakukan tentang ketidakwibawaan Ketua Polis Negara dalam menjalankan tugasnya.
Manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa kecewa kerana tidak diberi masa untuk usul tersebut dibahaskan.
"Ini menunjukkan sikap di mana suasana perbahasan tidak bebas, mungkin ini kerana isu Ketua Polis Negara," katanya.
Akbar China Press pada Sabtu lalu, melaporkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan bersara sebelum sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempatnya akan diganti oleh timbalannya Tan Sri Ismail Omar.
Ekoran laporan itu, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimapun semalam mengesahkan akan berlaku rombakan peringkat tertinggi pasukan polis yang turut membabitkan Ketua Polis Negara.
Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) pula mempersoalkan KDN yang mahu Musa mengambil tugas menjaga keamanan Parlimen sdangkan dia bakal dihentikan perkhidmatannya.
"Pengumuman jawatan penjawat awam sepatutnya dibuat awal enam bulan ini. Ini bermaksud beliau tidak berminat lagi untuk memegang jawatan tersebut. Usul ini pula menetapkan bahawa dia mengambil tugas untuk menjaga keselamatan parlimen. Kita persoalkan bagaimana kedudukan beliau. Saya rasa valid untuk kita berbahas isu ini," katanya.
Sementara itu, Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata, Ahli Parlimen tidak lagi bebas untuk membahaskan isu melibatkan rakyat.
"Apabila usul dibawa ke Parlimen, kita mengharapkan ianya dibahaskan.Yang kita minta bagi peluang kepada BN dan bagi pluang kepada kami. Kami nak cakap apa yang rakyat nak dengar.
"Kalau ini pun tak boleh dibahaskan di parlimen, di mana lagi kita nak cakap? Kalau rakyat bercakap di luar, ditahan bawah ISA. kalau bercakap dalam ceramah dicakap fitnah," tegasnya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : INILAH PERANGAI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END...TERLALU PENGECUT UNTUK BERBAHAS..TAKUT NANTI RASIA TERBONGKAR ATAU TAKUT NANTI TAK TERJAWAB HUJAH??KALAULAH MACAM NIE CARANYA MACAM MANA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT NAK MENJALANKAN TANGGUNJAWABNYA JIKA SERINGKALI TIDAK DIBENARKAN MEMBAHASKAN SESUATU PERKARA..NAMPAK SANGAT MEREKA TAKUT DENGAN KEHEBATAN AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG SEMEMANGNYA HEBAT BERHUJAH DAN LENGKAP DENGAN FAKTA-FAKTA DAN BUKANNYA AUTA...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment